Monday, June 25, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Orang Melayu Tidak Suka ‘saya’

Jangan gunakan 'saya' apabila bercakap!

Dalam sebuah kajian psikologi persuasi yang dijalankan di Amerika, para penyelidik cuba mencari apakah terdapat perbezaan antara gaya bahasa yang digunakan oleh individu-individu yang berjaya dengan gaya bahasa mereka yang gagal.

Para penyelidik itu merakamkan perbualan dan percakapan dua kelompok individu - (a) mereka yang berjaya dan (b) mereka yang gagal. Kemudian data rakaman itu dianalisis.

Mereka mendapati memang terdapat perbezaan-perbezaan yang nyata antara bahasa mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal.

Salah satu perbezaan itu adalah pada penggunaan kata gantinama - pronoun - I (saya). Mereka mendapati golongan yang gagal lebih banyak menggunakan kata gantinama I (saya) apabila bercakap.

Sebaliknya, individu-individu yang berjaya menggunakan banyak we (kita) dan they (mereka) apabila bercakap.

Mengapakah perbuatan suka bercakap menggunakan I (saya) menghasilkan kegagalan?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sikap Pencuri Hakcipta Buku Agama Previous entry: Menjadi Trainer: Nota untuk Cik Fifi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/25  at  11:55 PM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Ia mungkin menunjukkan keegoan seseorang. Ia juga menunjukkan syarikat training itu tidak mempunyai staff ‘one man show’. Ia juga memberi persepsi awal kepada bakal pelangan bahawa syarikat training itu kecil ataupun baru mula berniaga.

pelangan (SALAH) = pelanggan (BETUL)
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/26  at  01:39 AM

Puan Sifu,

Jikalau menggunakan katanama `saya` pun sudah dipercayai membawa faktor kegagalan, agaknya bagaimana pula jika menggunakan katanama `Aku` yang saya rasa lebih kasar bunyinya.

Hal ini berkemungkinan kerana sikap `kekitaan` yang masih ada pada jiwa sebilangan orang Melayu apatah lagi kebanyakan kita berasal dari kampung yang terkenal dengan sikap `kekitaan` itu.

Sememangnya kita sendiri boleh merasakan penggunanaan katanama `kita` memperlihatkan ada perasan lebih mesra ketika berinteraksi.

Bagaimanapun, semangat kekitaan itu entah dimana hilangnya sekarang.

Puas sudah kucari.

dimana (SALAH) = di mana (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/26  at  03:45 AM

Tidak faham!
Kenapa nak guna “kita”, kalau seseorang bercakap bagi dirinya saja?

dingin  on  06/26  at  09:40 AM

Salam Sifu,

Selepas membaca entri ini, saya cuba bercakap tanpa menggunakan kata ganti diri ‘saya’, ternyata saya gagal.

Adeh.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/26  at  03:28 PM

Kerana penggunaan kata ganti diri “saya” menunjukkan seseorang itu bersikap mementingkan dirinya sendiri. Di samping itu, ia juga menunjukkan individu itu mempunyai perasaan bangga serta takbur terhadap keupayaan diri sendiri serta memandang rendah kemampuan orang lain.

panaharjuna  on  06/26  at  06:39 PM

Menurut hemat saya, kata ganti diri ‘kami’ itu lebih lembut dan menjelaskan kepelbagaian sikap dari kata ganti diri saya.

Menurut fikiran saya, ‘kami’ apabila digunakan oleh si pembicara, mereka itu secara sedar memperlihatkan bahawa mereka itu adalah seseorang yang menyedari bahawa ‘dia dan sifat-sifat dirinya’ boleh sahaja mendatangkan kebaikkan dan keburukkan.

Seperti mana yang kita semua sedia mengerti, di dalam diri kita ini terdapat pelbagai sifat-sifat yang saling melengkapi.

Maka menurut hemat saya, penggunaan kata ganti diri ‘kami’ itu adalah amat tepat untuk memperjelaskan diri kita berserta sifat-sifat yang ada di dalam diri kita.

Di negeri utara tanahair kita seperti di Kedah, penggunaan kata ganti diri ‘kami’ adalah biasa dilakukan.

Seingat saya di dalam Al Quran juga ada ditunjukkan bahawa Allah merujuk kepada dirinya dengan membahasakan sifat-sifatnya dengan kata ganti diri ‘kami’.

Kendati pun, Qias di atas hanyalah satu penjelasan untuk menunjukkan bagaimana kata ganti diri ‘kami’ itu digunakan.

Maha suci Allah dari bersifat serupa dengam makhluk ciptaannya. 

Allahlah yang lebih tahu.

keburukkan (SALAH) = keburukan (BETUL)
tanahair (SALAH) = tanah air (BETUL)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.