Monday, August 13, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Training adalah Bisnes Khidmat Peribadi

Apabila saudara menjadi trainer indie, saudara masuk sektor bisnes perkhidmatan yang amat peribadi sifatnya.

Trainer seperti penyanyi. Apabila penyanyi dapat kontrak menyanyi, dia tidak boleh menghantar penyanyi lain mengambil tempatnya bagi memenuhi kontraknya menyanyi. Penyanyi tidak dapat menyanyi serentak di dua kelab malam.

Begitulah juga dengan trainer indie. Kalau pelanggan saudara suka saudara, dia tidak mahu saudara menghantar orang lain bagi mengambil tempat saudara.

Ini menyebabkan saudara tidak boleh demam ataupun serak! Kalau demam, saudara terpaksa batalkan jadual training.

Sebagai trainer indie, kos bisnes saudara amat kecil, jadi margin saudara besar. Dengan adanya teknologi handphone dan internet, maka kos bisnes saudara semakin turun. Saudara tidak memerlukan setiausaha bagi menunggu pejabat. Gaji setiausaha mahal.

Tetapi ada pula kos lain. Disebabkan khidmat training amat peribadi sifatnya, pendapatan saudara dibatasi oleh kalendar. Dalam satu bulan hanya ada 4 minggu.

Saudara tidak dapat berada di dua tempat serentak. Walaupun panggilan training banyak masuk, saudara cuma ada 4 minggu sebulan. Lazimnya maksimum saudara dapat buat 4 kontrak training sebulan.

Jadi, bagi meningkatkan pendapatan saudara, caranya adalah dengan menaikkan yuran saudara. Itu bermakna saudara perlu menjadi trainer bertaraf "premium".

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apakah Benar dengan Menulis Dapat Menjadi Jutawan Previous entry: "Laskar Pelangi" adalah Jibunsyi
Tengku Asmadi  on  08/13  at  12:15 PM

Trainer bertaraf “premium”? 

Menarik kenyataan tersebut.  Apakah agaknya ciri-ciri untuk bertaraf “premium” itu? 

Satu perkara yang nyata dalam masyarakat kita, mereka sanggup keluarkan ribuan ringgit untuk mengundang artis menyanyi untuk majlis mereka.  Kalau terpaksa membayar RM20,000 sejam juga mereka sanggup. 

Sebaliknya apabila trainer meminta bayaran RM8,000 sehari mereka kata mahal.  Sebab itulah anak-anak muda lebih teruja untuk menjadi artis daripada trainer.

.

Tuan Dr. Tengku,

InsyaAllah nanti saya akan tuliskan dalam entri ciri-ciri trainer premium.


——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  01:45 PM

Saya juga ingin mempelajari ciri-ciri trainer bertaraf ‘premium’ itu.

Osman Affan  on  08/13  at  05:31 PM

Assalamualaikum Puan Ainon yang saya hormati.

Terkejut juga saya apabila membaca posting Puan Ainon kali ini kerana baru sahaja 2 hari lepas saya berbincang dengan seorang sahabat mengenai perkara ini.

Apa yang dibincangkan bersama sahabat saya ialah jika khidmat training difokuskan kepada personal branding (dalam bahasa Melayu jenama peribadi agaknya ya?), pendapatan trainer akan terbatas kepada jumlah hari maksima dia boleh berikan perkhidmatan itu. Saya percaya ini benar kepada trainer yang memasarkan nama mereka sendiri seperti penulis-penulis buku.

Alternatifnya, trainer perlu menaikkan jenama syarikatnya. Kalau Dr Asmadi, sudah tentu Map training. Kalau Fadzli Yusof sudah tentu RK Training. (Shamsudin Abdul Kadir guna nama Telaga Emas agaknya ya?).

Bila nama syarikat sudah berjenama, hantar trainer yang berbeza pun tidak akan ada masalah. Boleh buat program di 2 tempat atau lebih, serentak. Cuma sedikit masalahnya ialah agak sukar untuk menaikkan jenama syarikat berbanding menaikkan jenama peribadi atau jenama penulis buku itu sendiri.

Kesimpulannya untuk saya sendiri, lebih baik saya tunggu ciri-ciri trainer premium oleh Puan Ainon. Mungkin itu jalan penyelesaian terbaik untuk saya dalam masa terdekat ini.

.

Tuan Osman,
Dalam fasa awal, naikkan nama trainer sebagai brand. Ini pun sudah cukup lumayan.
Dalam fasa kedua, naikkan nama brand pakej. Ini yang dilakukan oleh syarikat-syarikat consulting. Training kit menjadi faktor utama.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: