Friday, July 06, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: “Walk the Talk”

En. Sham bertanya:

Puan Sifu,
Saya bertambah ceria jika Puan sudi menghuraikan kenapa, Nabi Muhammad tidak mengamalkan “walk the talk”.


Respons Sifu:

Frasa "walk the talk" mahukan supaya, sebagai contoh, kita mesti menjadi jutawan terlebih dahulu, baru boleh menulis buku yang mengajar pembaca bagaimana cara mahu menjadi jutawan.

Yang dikatakan “kejayaan” mahupun “kegagalan” kedua-duanya adalah hasil daripada apa yang disebut “daya usaha”. Apabila ada daya usaha, baru terhasil “kejayaan” mahupun “kegagalan”.

Itu sebab dalam Islam, pahala diberikan kepada daya usaha, bukan kepada hasil. Baru pasang niat, belum ada apa-apa hasil, sudah diberi pahala.

Semakin berat daya usaha yang dijalankan, semakin besar pahala yang diberikan. Meskipun daya usaha itu menghasilkan “kegagalan” 100%.

Dalam konsep Barat, berjuang tetapi mati, adalah kegagalan total, kematian sia-sia.

Dalam Islam, berjuang sampai mati dalam perang yang berakhir dengan kekalahan, (sebagaimana halnya kematian Hamzah dalam Perang Bukit Uhud) adalah kejayaan total. Pahalanya, tidak ada yang lain melainkan syurga Jannah.

Apabila kita “walk the talk” kita bercakap tentang hasil, sedangkan hasil tidak diberi pahala. Kita tidak berdosa apabila "gagal". Kalah berperang tidak berdosa, malah diberi pahala besar kerana sudah berusaha, sampai mati.

Nota: Elok juga apabila Sifu menulis buku teori motivasi yang berdasarkan sistem ganjaran dalam Islam. (Hmm… Alahai! Buku Berniaga Cara Nabi Muhammad pun belum siap!)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi-lagi Kisah Ustaz dengan Tulisan Arab Previous entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Apabila Menulis Biodata Beri Maklumat Tepat, Bukan Claim
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/06  at  06:13 PM

Puan Sifu,

Saya beruntung kerana sentiasa ceria setiap kali Unika memaparkan entri baru. Semuanya yang diberitahu adalah apa yang saya belum tahu. Yang menariknya, kaedah Puan Sifu mengolah ayat sungguh menakjubkan dan maknanya memang ada kelas.

Jika Tunku Abdul Rahman di gelar bapa kemerdekaan, saya rasa tidak keterlaluan jika Puan Sifu diiktiraf sebagai Ibu Ilmu bagi rakyat Malaysia.

Puan sebolehnya tetapkan entri di Unika sekurang-kurangnya 10 entri sehari. Kami ketagih Ilmu yang amat agung itu. Terasa amat berat untuk menunggu sehingga hari esok.

Tengah mencari idea bagi mendapat peluang menjadi co-author bagi buku bersama Ibu Ilmu. Tetapi bukan sekarang, selepas segala komitmen dengan Editor PTS Pro tertunai.

di gelar (SALAH) = digelar (BETUL)
tengah (BMR) = sedang (BMT)
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/06  at  06:20 PM

Maafkan kami (dibaca mengikut lagu P. Ramlee)

Saya akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Riduan Khairi  on  07/07  at  07:37 AM

Puan Sifu,

Apabila sudah terbit nanti saya nak jadi pembaca yang terawal. Tak sabar ni!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/07  at  08:04 AM

Tahniah. Jawapan yang cukup bernas dan meyakinkan. Syabas.

Begitulah hebatnya ganjaran pahala di dalam Islam. Hatta baru niat sahaja untuk melakukan kebaikan, ia sudah diberikan ganjaran itu. Bererti bila kebaikan itu berlaku, pasti akan bertambah pahalanya.

Begitu juga dengan mereka yang menunjukkan orang lain pada arah kebaikan. Bila kebaikan itu telah dilakukan, orang yang menunjuk pada arah kebaikan tadi juga beroleh ganjarannya seperti juga mereka yang melakukan kebaikan tadi.

Meleret pula ya…

Pakdi  on  07/08  at  03:18 PM

puan,

boleh beri lebih pencerahan mengenai topik ini dengan firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beirman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan” Surah As-Soff : 2-3)

Mulakan ayat dengan menggunakan huruf besar.

Tentang makna ayat itu, Tuan lebih faham.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: