Notis! Entri Sai-fai dan Fantasi
Kepada semua mentee yang ikut dalam Tim Sai-fai dan Tim Fantasi PTS!Dimaklumkan Sifu sedang membuat persediaan bagi menerbitkan entri-entri tentang penulisan novel sai-fai dan fantasi dalam UNIKA.
Objektif PTS bersungguh-sungguh memulakan program penerbitan novel sai-fai secara konsisten dan berterusan adalah bagi menggalakkan budak-budak supaya seronok belajar sains dan menyalurkan teori-teori sains kepada mereka.
Ikuti siri entri ini bagi memahami perbezaan antara sai-fai dan fantasi serta ciri-ciri sai-fai dan fantasi yang bermutu tinggi.
Otai Mat Jan akan mengadakan siri bengkel teknik menulis sai-fa yang bermutu tinggi dan evergreen, maka jangan tidak hadir. Kita mahu sai-fai yang dapat diekspot ke Jakarta!
Nota: Sifu sedang membaca buku rujukan "How To Write Science Fiction and Fantasy" oleh Orson Scott Card, pemenang Hugo Award dan Nebula Award, yang dipinjamkan oleh Otai Mat Jan.
(Di mana hendak dicari macam ini punya Sifu - sanggup membaca buku dan tuliskan ilmu dalam buku itu demi memandai mentee-menteenya, supaya mereka berjaya memandaikan para peminat sai-fai dan fantasi yang dihasilkan!)
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya menanti-nantikan entri-entri tentang Sai-Fai dan Fantasi dari Puan Sifu!
——-
Inilah nota yang saya nantikan sejak kursus novel fantasi dgn encik panah dan alifstal.
dgn (SALAH) = ejaan ini tidak dapat dibaca oleh sofwer mentee-mentee buta yang membaca UNIKA.
Post a comment