Thursday, January 25, 2007

Notis Gangguan Internet di Janda Baik

Streamyx SifuPTS tidak berfungsi sejak semalam akibat tanah runtuh di Janda Baik. Di situ wayar telefon masih guna tiang, jadi apabila tanah runtuh, tiang pun jatuh. Di harap malam nanti apabila Sifu balik tiang sudah ditegakkan semula. Kalau belum, sabar sahajalah....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Iklan & Notis
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ejaan Mata Pelajaran Previous entry: Ejaan Nama Jawatan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/25  at  05:32 PM

Subhanallah…
——-

rastom  on  01/25  at  09:10 PM

Masyaallah, jahat sungguh internet di Janda Baik!

alang kelana  on  01/25  at  11:02 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu, Pak Rastom, et al,

Saya cadangkan Sifu beli kad 3G, suatu alat komunikasi yang membolehkan penggunanya memasangnya di komputer mobile (laptop..) dan bila diaktifkan, bisa mendapat access ke internet, selagi ada liputannya. Liputannya macam liputan telefen mudah-alih.

Kalau tidak silap saya, sekarang ada syarikat yang mempromosikannya dengan tawaran di bawah RM1,000.

Saya percaya bagi Puan Sifu yang tidak boleh tidak, perlu mendapat access ke internet sepanjang masa (selagi mendapat izin Prof Abdullah Hassan….), pelaburan sebegini amat berbaloi.

Semoga Puan Sifu membuat penilaian teliti mengenai cadangan ini, kerana saya rasakan seperti ‘anak kehilangan ibu’ bila Sifu ‘tiada’ di blog ini…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/26  at  12:37 AM

Puan Sifu,

Adakah bekalan elektrik turut terjejas? Puan Sifu baca utusan semalam? Komentar Pak Lah terhadap kebertanggungjawaban penulis blog. Kerajaan khuatir budaya blog akan membuat maklumat menjadi sangat terbuka. Tiada rahsia dan privasi bahkan fakta cepat dan tepat menjadikannya media alternatif popular.

Adakah blog ilmiah Puan Sifu mengancam keselamatan birokrat tertinggi? Maka teori konspirasi brulang lagi. Puan Sifu walau tidak sehebat Puteri Gunung Ledang tetapi gusti putri janda baik tanpa aura seri ini mampu menunjukan kesifuan yang tidak berbelah bahagi. Takutnya (trauma pada penindasan).

Boring jika Puan Sifu, Tuanku Canselor tidak me-moderator-kan blog ini. Puan Sifu update isu terbaru…

Siti Hajar  on  01/26  at  02:27 AM

Assalamualaikum,

Saudara Faisal,

>>>gusti putri janda baik tanpa aura seri ini

Aura menurut Kamus Dewan ialah: Suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri seseorang atau sesuatu.

Seri pula maknanya: kelihatan cantik (elok, bagus), berupa mulia (megah dll).

Maaf Puan, Saudara Faisal terutamanya dan pembaca sekelian, saya rasa Saudara Faisal tersilap makna frasa itu.

Aura bukan dilihat melalui umur atau rupa paras. Ia terpancar daripada hati dan jelmaan peribadi. Cuba saudara keluar dari kotak itu dan lihat orang di sekeliling saudara dengan pandangan naluri. Saudara akan terkejut dengan apa yang saudara lihat.

Siti Hajar  on  01/26  at  02:31 AM

Maaf Saudara Faizal,

Saya tersilap eja nama saudara.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/26  at  08:18 PM

Maaf Siti Hajar yang saya maksudkan adalad produk Aura Seri.

Saya tidak menafikan Puan Sifu dalam frasa tersebut.

Sekian, terima kasih.

Siti Hajar  on  01/27  at  02:07 AM

Saudara Faizal,

Lain kali ejalah nama khas dengan huruf besar di pangkalnya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: