Tuesday, July 29, 2008

Notis kepada Semua Mentee SifuPTS

Saya akan ke Shanghai pada 3 - 8 Ogos,  jadi tentu banyak kerja-kerja mentee saya yang tidak dapat saya baca dan semak selama saya tiada. Maka diminta semua mentee bersabaaaaar....

Pada saat ini saya tumpukan perhatian pada kerja-kerja yang amat prioriti saya siapkan sebelum saya ke Shanghai, iaitu kerja-kerja yang melibatkan komitmen tarikh-siap-kerja dan projek penting, sebab jika saya tidak siapkan kerja saya maka seluruh projek tidak bergerak.

Saya ke Shanghai dibiayai oleh ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) bagi menghadiri Persidangan Penterjemahan anjuran FIT (International Federation of Translators) supaya saya dapat membawa pulang pengetahuan terbaru dan mengembangkannya di Malaysia. Persidangan FIT adalah persidangan paling berprestij dalam bidang terjemahan.

Insya Allah saya akan gunakan ilmu-ilmu terbaru yang saya timba di Shanghai nanti apabila saya mengendalikan kursus-kursus terjemahan di tanah air. 

Dirakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ITNM atas kepercayaan, sokongan dan pembiayaan yang diberikan kepada saya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Prof. Dr. Mohd. Kamil Endorse Previous entry: Walaupun Harga Kertas Naik, PTS Cuba Turunkan Harga Buku
Mya Marja  on  07/29  at  03:59 AM

Assalamualaikum,
Puan Ainon yang dihormati,

Semoga pergi dan kembali dengan selamat. Didoakan berjaya jua menggalas tanggungjawab yang terpikul. Bakal berkembang lagi ilmu baru yang diperoleh di sana. Doakan menteemu ini terus punyai kekuatan dalam menulis.

mki  on  07/29  at  05:06 AM

Salam sejahtera,

Semoga puan selamat pergi dan kembali.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/29  at  05:18 AM

Didoakan semoga Puan Sifu selamat berangkat dan kembali. Semoga ilmu yang berguna itu dapat dimanfaatkan nanti.

Kepulanganmu dinanti.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/29  at  11:39 AM

Asalamualaikum, Puan Sifu yang dihormati.

Semoga Puan sentiasa sihat dan cergas sepanjang berada di kota Shanghai nanti.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  04:02 AM

Salam Puan Sifu,

Tahniah kerana terpilih persidangan tersebut, harap-harap selepas ini aktiviti-aktiviti penterjemahan makin galak dipasaran.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.