Notis: Projek Antologi Koleksi Terindah Cerpen Cinta Islami
Dengan ini dimaklumkan kita merancang menerbitkan sebuah buku koleksi cerpen-cerpen cinta yang indah dan ditulis menggunakan teknik surah Yusuf.
.
.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

ya. saya percaya projek ini penting untuk mendekatkan ramai remaja atau dewasa kepada sastera dan budaya. usaha yang bernas. tambahan adanya teori penulisan sastera islami yang baru, macam cereka berdasarkan Surah Yusuf. semoga usaha ini berjaya.
Nota Sifu: Sdr Fadzil, sistem tanda bacaan saudara amat buruk! Bukan ‘islam’ tetapi ‘Islam’.
Selepas noktah, HURUF BESAR!
——-
Assalamualaikum,
Pn. Sifu kreatif dengan idea baru. Saya sokong usaha menulis cerpen. Saya ingin terlibat dalam projek ini. (Banyak sangat terlibat…tengah garuk kepala yang tidak gatal!)
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Saya juga ingin terlibat. Harap tidak memakan masa yang lama sebab projek penterjemahan masih perlahan.
Cerpen? Ini yang saya tunggu-tunggu!
Puan Sifu berapakah jumlah cerpen yang diperlukan untuk antologi ini? Semuanya akan bernada cinta kan? Harus menyengat!
Projek yang datang tepat pada masanya. Pada masa ini kita terutama para remaja banyak dihidangkan dengan cinta yang berlandaskan nafsu. Dan menjadi ikutan pula. Mungkin itu salah satu sebab kadar perceraian di kalangan orang Islam amat tinggi. Dengan adanya projek ini kita melakukan 2 kerja sekaligus, dakwah dan berkreatif. Mungkin juga ini salah satu projek yang saya dapat berikan sumbangan.
Memang betul. Saya terlupa untuk membetulkannya, tergesa-gesa. Tapi memang mengadakan projek cerpen cinta Islami ini baik dan mesti diberi sokongan sebab apa yang saya tengok di Malaysia ini ramai yang semacam ternanti-nantikan bentuk atau karya yang original daripada penulis tempatan. Jika di US contohnya begitu ghairah dnegan sastera popular remaja atau sastera seriusnya, maka di sini kemeriahannya agak lemu saja. Tapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Saya kira ramai penulis di luar sana, yang belum ada nama atau sudah ada nama, mahu mencuba. Tak mustahil akan ada penulis yang mampu menghasilkan novel setanding Harry Potter segi popularitinya. Dan tentunya usaha ini tidak akan dilaksanakan oleh DBP kerana semenjak dua menjak ini, pelbagai cerita dari Menara DBP, yang gosip yang betul dan sebagainya. PTS mengorak langkah positif untuk menyumbang sastera negara yang kelihatan akan redup senja akhir-akhir ini.
Adakah untuk terlibat dalam penulisan cerpen ini pun, perlu ke bengkel? =.=”
Atau bolehkah saya menghantar karya-karya penulisan cinta Islami?
Tarikh tutup hantar? =.=”
Tarikh tutup hantar? =.=”
Tarikh tutup hantar?
Tarikh tutup hantar?
Tarikh tutup hantar?
Tarikh tutup hantar? Soalan ini bergema di dalam kepala saya.
InsyaAllah saya sertai.
Saya fikir menulis cerpen sebenarnya lebih rumit dari menulis novel. Ini kerana cerpen yang ditulis haruslah mempunyai aliran bahasa yang lebih mantap, kejap malah diwaktu yang sama, patah-patah kata didalam penulisan novel harus membawa emosi pembacanya dengan maksud yang tepat. Penggunaan dialognya agak terbatas, namun dimasa yang sama harus membangun nilai yang setanding dan semantap penulisan novel.
Perhatikan karya cerpen “Cinta Antara Api Al Quds” yang ditulis oleh Saharil Hasrin Sanin di Berita Harian lewat tanggal 3 Disember tahun 2006 yang sudah. Tidak ada satu dialog pun didalam cerpennya itu, namun kerana terbawanya pembaca mengikuti kisah gadis malang yang diseksa oleh Yahudi, itu penceritaan dengan sudut pandangan orang pertama itu masih memikat.
Saya fikir menggunakan teknik surah Yusuf, insyaallah, masih boleh, namun saya berpendapat, wajar ada kelonggaran didalam membikin cerpen-cerpen yang bakal dimuatkan didalam antologi ini.
Pandangan pribadi : saya fikir ada pendapat lain yang lebih bagus.
Allahlah yang lebih tahu.
Assalamualaikum.
Idea yang menarik sementelah penulisan jibunshi agak perlahan. Selain berunsur cinta, adakah unsur-unsur lain yang ingin diketengahkan untuk projek antologi cerpen?
Terima kasih.
Oleh kerana tajuk diskusi ini adalah Antologi Koleksi Terindah Cerpen Cinta Islami, maka saya berpendapat bahawa genre bagi cerpen ini awal-awal lagi sudah ditetapkan iaitu Genre Romantisis dan Genre Islami, digabungkan.
Ertinya, cerpen-cerpen yang bakal dijadikan taruhan di dalam antologi ini harus memenuhi dua syarat yang telah dinyatakan itu.
Saya fikir penulisan cerpen ini agak mencabar kerana di sini, saudara saudari pengarang akan diminta akan membina suatu platform pemahaman yang berpaksi kepada kebenaran langit. Justeru itu jangan merasa gusar jika hasil penulisan itu, nantinya, barangkali akan menentang logika masyarakat. Kendati logika masyarakat itu malah tulus sekalipun, jika ianya salah didalam perundangan islam. Ianya tetap salah.
Namun ini tidak bermaksud bahawa karya-karya yang bakal di persembahkan akan menjadi karya-karya keras dengan demensi memukul pembaca. Bukankah uslub dakwah itu pelbagai?, maka disini, gunakanlah ‘romantisis’ sebagai syarat kedua,insyaallah kekerasan kebenaran itu bisa dilembutkan dengan nada yang bijaksana.
Sesungguhnya Allahlah yang lebin tahu.
Sdr Panah, Menarik pendapat saudara. Setelah saya hayati baru saya faham apa yang saudara cuba sampaikan. Tahniah.
Maaf puan sifu, saya suka menyampuk. He he he.
Salam…teringinnya hendak ikut serta projek ini… macam mana hendak buat?
“Buah cempedak di luar pagar, masak sebiji tolong jolokkan, saya budak baru belajar, bolehkah sifu tolong tunjukkan?”
saya suka cerpen n novel…..sekarang saya nak mengarang novel n isi2 pentingnya ada de kat uma hehehehehe…...eeeeemmmmm tapi saya tak tahu nak mula dari mana hehehehehehe….macam mana tu tolong ajar ba…boleh kerrr?
Post a comment