Monday, March 19, 2007

Notis: Sifu ke Kem BTN Tok Bali Kelantan

Subuh esok (Selasa 4 pagi) Sifu dan Prof. Abdullah Hassan akan naik kereta ke Kem BTN Tok Bali Kelantan bagi menemui Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Noh Omar, yang kebetulan akan ada di sana, kerana kami mahu bercakap dengan beliau dari hati-ke-hati berkenaan isu Bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek Sains dan Matematik.

Kasihan budak-budak kampung.... belajar S&T dalam Bahasa Melayu pun mereka menghadapi pelbagai kesukaran, sekarang mereka dipaksa belajar dalam Bahasa Inggeris!

Inilah dasar penghapusan kelompok miskin etnik Bumiputera daripada jalur perdana pembangunan modal insan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(18) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa Sifu Sanggup ke Tok Bali Previous entry: Gosip Dunia Sastera: SN A Samad Said akan Melancarkan Mogok Sastera (2)
omecool20  on  03/19  at  11:32 AM

Semoga berjaya, Sifu. Sepatutnya, pada pemikiran implementasi BI diselaraskan. All or nothing! Bukan sains dan matematik sahaja.

Nota Sifu: Memandaikan sesuatu bangsa menggunakan bahasa orang lain itu adalah perbuatan yang tidak ada nasnya, jadi ia bukan ajaran Nabi Muhammad. Beliau mengajarkan subjek sains (dalam Quran ada sains) kepada bangsanya dengan menggunakan bahasa ibunda mereka. Selaku orang Arab, beliau mengajarkan sains kepada bangsanya sendiri menggunakan bahasa Arab. Justeru, orang Melayu yang mengajar budak-budak Melayu, wajib menggunakan Bahasa Melayu.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/19  at  11:33 AM

Moga Allah permudahkan urusan Puan Sifu dan Professor.

Saya harap saya boleh mendengar bagaimana 2 orang pakar psikologi dan komunikasi ‘bercakap’ dengan seorang Timbalan Menteri.

(Puan, bab satu buku Teori Terjemahan tidak diberikah kepada orang-orang penting ini? smile )

Nota lain: Saya sedang tulis emel berkenaan sponsor lomba.

Kang  on  03/19  at  11:37 AM

Semoga berhasil.

Saya rasa kurang tepat kalau luar bandar sahaja yang menghadapi masalah BI dalam Matematik dan Sains. Dalam bandar, bahkan di bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam—ia menjadi masalah utama.

Kita mencuba sedaya-upaya semoga dengan kesukaan Noh Omar yang lebih gemar mencari publisiti memberi kelebihan kepada usaha Mbakyu dan suami.

Abang Long  on  03/19  at  12:38 PM

Salam Hormat wahai Puan Sifu.

Maaf, bukan sahaja anak-anak saya menghadapi kesukaran dalam mempelajari kedua-dua subjek dalam Bahasa Inggeris. Malahan terus-terang, saya sebagai bapa juga menghadapi kesukaran untuk mengajar anak-anak dalam bahasa itu.

Ya Allah, semoga usaha Puan Sifu ini diberkati olehMU. AMIN

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/19  at  01:18 PM

Saya dapat bayangkan Puan, Pak Menteri akan angguk-angguk dan lupa selepas majlis selesai. Biasanya begitulah.

Harap dia bawa sekali pembantu khasnya dan membuat catatan.

Siti Hajar  on  03/19  at  01:21 PM

Assalamualaikum,

Saya turut mendoakan agar sesuatu yang baik akan terhasil daripada perjumpaan ini. InsyaAllah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/19  at  03:15 PM

Mulianya perjuangan sifu dan suami. Semoga Allah merahmati perjuangan sifu berdua:)

Nota Sifu: Sdri Marini, PTS dibangunkan sebagai kenderaan perjuangan kita memandaikan orang Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu. Mana karya sdri, biar cepat dapat dibaca oleh orang Melayu.

Kang  on  03/19  at  06:28 PM

Komen untuk komen No.7:

Menurut khabar angin yang bertiup kencang, sinopsis sedang ditulis dengan gigihnya.

Jangan cari alasan, cari penyelesaian. Kita bergerak ke arah fokus kita. Kita pergi kedai membeli produk yang dikehendaki, bukan yang tak dikehendaki.

Pada pendapat saya, penggunaan bahasa inggeris ini di sebabkan kerajaan mahu rakyatnya maju dengan cepat untuk mencapai wawasan 2020 setanding dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia ini. Globalisasi. Bangsa yang mampu bersaing dengan bangsa lain.

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Nota Sifu: Mohon En. Faizul senaraikan nama bangsa-bangsa yang maju itu. Apakah mereka mengajar sains dan matematik kepada kanak-kanak di sekolah menggunakan Bahasa Inggeris (selain bangsa Inggeris sendiri).

buruh nelayan dan juga petani, gaya hidup kini sudah berubah…
anak-anak terasun mindanya, lahir generasi bijak panai..
pakar IT , pakar ekonomi,
jaguh sukan dan juga jutawan…
berkereta jenama negara,
megah masyur di jalan raya…
alam siber teknologi terkini
lalala(tak ingat)

Nota Sifu: Ermm… alahai bangsaku… menghafal lagu dalam bahasa ibundanya pun dia tak ingat, bagaimanalah pula hendak menghafal teori-teori sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Pendapat saya itu tidak menyokong apa yang terjadi sekarang ini. Sebenarnya saya kagum dengan bangsa Jepun kerana kemajuan mereka di atas bahasa ibunda mereka sendiri. Tahniah kepada Junichiro Kuizumi.

Selepas Jepun kena bom, minda bangsa mereka terbuka untk maju ke hadapan. Seolah-olah bom itu memberikan kesedaran kepada mereka.

Bagaiaman dengan kuih bom?

DASAR PANDANG KE TIMUR

Amiene Rev  on  03/20  at  12:02 AM

Saya sedang menunggu berita baik daripada Sifu.

Oh, ya. Saya ada ke MPH baru-baru ini dan mendapati sebuah buku berkaitan dengan isu pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris, karangan Sifu dan Prof. Dr. Abdullah Hassan. Jika tidak silap.

Oh buku itu, saya sudah jumpanya pada tahun lepas. Hanya lihat gambar luar sahaja.

Masali  on  03/20  at  09:27 AM

Semoga usaha Puan dan Prof berjaya mencapai matlamat (tidak menghabiskan minyak sahaja!) Bagaimana kalau mesej ini disampaikan juga kepada Datuk Seri M Najib Tun Razak yang baru-baru ini beria-ia sangat nak jadikan Bahasa Melayu (tinggi) sebagai bahasa ilmu di saentero dunia.

Saya tetap yakin Bahasa Melayu lebih berkesan dan bermanfaat diajar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/21  at  08:33 AM

Bercakap dengan menteri hanya membuang masa… kerana menteri sibuk cari duit.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/22  at  10:55 AM

Puan Sifu dan Sifu Kakang,

Terima kasih. Saya pasti siapkan jibunsyi saya. Pasti sekali!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: