Thursday, September 20, 2007

Notis! UNIKA Sedang Berpindah Server

Dimaklumkan bagi mengatasi kejadian CRASH akibat trafik UNIKA yang melebihi daya muatan, web rasmi PTS dan UNIKA sedang dipindahkan kepada server yang lebih besar.

Penjahatnya adalah UNIKA... apabila UNIKA crash, ditariknya web PTS ikut crash!

Kerja pindah-randah ini menjadi lebih banyak disebabkan pada waktu yang sama UNIKA juga akan dipindahkan dari WORDPRESS ke sistem lain yang lebih sofistikated.

En. Faisal dan krew jurutera PTS saat ini sedang berhempas pulas. Mohon kesabaran tuan-tuan dan puan-puan beberapa hari ini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Iklan & Notis
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mencari Penulis Buku Cerita Tentera Previous entry: Peluang Memiliki Harta Intelek dengan Menterjemah
Faizul bin Kamaruddin  on  09/20  at  01:20 AM

berwajah baru jugakah?
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/20  at  01:22 AM

Puan Ainon,

Itu tandanya UNIKA semakin popular, setiap hari dilawati ramai orang. Semoga usaha En. Faisal dipermudahkan Allah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/20  at  01:43 AM

Semoga UNIKA terus bergerak maju bagi memandaikan bangsa!

Faizul bin Kamaruddin  on  09/20  at  01:48 AM

Ya, saya dapat tahu ada “orang” menjadikan UNIKA ini panduan untuknya. Apa yang baik dia ambil. Tapi “orang” ini dia tidak tulis untuk UNIKA. Kesimpulannya, penulis lain yang menulis untuk penerbit lain menjadikan UNIKA sebagai pemudah dalam kerjaya mereka sebagai penulis.

Azree MH  on  09/21  at  02:42 AM

Rasanya UNIKA kena diasingkan server daripada laman-laman web PTS yang lain. Barulah dia tidak menjadi penjahat yang menghasut web PTS yang lain. wink

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/21  at  03:24 AM

Assalamualaikum,

Benar kata Faizul. Merujuk PTS atau UNIKA Bukan setakat menjadi penulis malah web PTS menjadi rujukan terutama bagi mereka yang ingin mengetahui ilmu penerbitan buku terutama yang langsung tiada pengalaman.

Sesungguhnya saya mengakuinya.

Mohd Nadzrin Wahab  on  09/21  at  02:30 PM

Assalamualaikum…

Sebenarnya ilmu yang dipaparkan di UNIKA terrrrrlalu mahal jika dikira dengan nilai wang. Tetapi saya kira disebabkan itulah PTS mampu maju. Kerana pimpinan dan gerak kerjanya tidak lokek ilmu, pengetahuan dan kemahiran, malah mempunyai visi dan misi dan terlalu tinggi berbanding penerbit lain, yang hanya mempunyai ‘v-isi’ dan ‘m-isi perut’.

Kepada gerak kerja PTS, apabila (bukan ‘kalau’ ye) sesiapa saja mempertikai anda secara peribadi: “Kenapa kasi free jer? Kan tak cerdik tuuu…”, suka saya ingatkan, segala usaha itu akan menjadi amal jariah anda di alam yang akan datang dan insyaAllah, mereka yang menimba manfaat daripada UNIKA khususnya dan PTS amnya, akan menjadi saksi ke atas ilmu yang disampaikan selama ini. Amin.

Ramadan Mubarak!

rastom  on  09/21  at  03:03 PM

Assalamualaikum…

Unika PTS telah membuktikan satu fenomena yang dipanggil Web 2.0 . Ia adalah lanjutan daripada falsafah asal internet dibangunkan di mana sekelompok karyawan bertemu untuk membangunkan sesuatu idea dan ruang siber memungkinkan pertemuan para geek sofwer untuk mewujudkan program program yang boleh diperolehi secara percuma (rujuk sejarah Unix dan Linux). Sebelum prakarsa web seperti sekrang wujud, komunikasi karyawan tersebut adalah melalui BBS, IRC dan sebagainya.

Contoh program percuma yang digunakan sehingga hari ini dan membolehkan anda melayari web ialah program server Apache. Saingannya yang berbayar adalah yang dikeluarkan oleh Microsoft yang saya rasa rankingnya tidaklah sehebat Apache.

Apa untungnya memberi secara percuma? Sikap Muslim tentu boleh menerima kerja ini sebagai satu amalan wakaf, satu kebajikan yang memberi faedah kepada seluruh dunia dan berterusan hingga ke generasi mendatang.

PTS bakal harum namanya kerana tip-tip menulis yang diberi percuma kepada semua tidak kira sama ada mereka itu orang PTS ataupun bukan. Para warga kerja PTS naik sahamnya kerana keterlibatan mereka dengan PTS seperti mana orang yang pernah menyumbang untuk sofwer Apache, maka jenama itu sendiri mendapat nilaian tinggi.

Seperkara yang saya musykil ialah apakah platform yang bakal menggantikan Wordpress yang ada sekarang? Saya tidak melihat sebarang kelemahan di dalam Wordpress melainkan server tersebut yang kurang upaya. Jika server lama menggunakan versi PHP dan MYSQL yang lama tentu tidak mampu. Lain-lain platform mungkin menyukarkan pihak admin contoh seperti Drupal atau Joomla yang biasanya nampak cantik tetapi menyukarkan.

Atau mungkin PTS mahu gunakan platform yang berbayar?

Amiene Rev  on  09/21  at  05:56 PM

Saya bersetuju dengan pandangan saudara Nadzrin. Ilmu adalah untuk disampaikan. Kita menulis buku juga adalah untuk menyampaikan ilmu. Sebab itu hero atau heroin haruslah memiliki sifat-sifat yang baik untuk diteladani.

Golongan kanak-kanak dan remaja terutamanya, mudah terpengaruh dengan watak hero atau heroin. Sekiranya menerusi hasil tulisan kita itu, watak utama menjurus kepada kebaikan, maka Insya-Allah, moga dengan izin-Nya, akan mempengaruhi anak-anak kecil ini suka kepada kebaikan.

Sekiranya watak menjurus kepada keburukan, maka kanak-kanak nanti akan berfikir (Bolehkah kita berbuat begini? Oh, tidak mengapa kalau jadi begini. Tidak apa ponteng sekolah sebab hero itu pun ponteng sekolah. Hero ini kurang ajar kepada kedua orang tuanya, tak apa kalau begini), berfikir dan terkeliru.

Penggunaan bahasa perlulah teliti, tidak kira apa jua bahasa, sekiranya Bahasa Melayu, maka hormatilah Bahasa Melayu, sekiranya bahasa asing, maka hormatilah bahasa asing.

Saya suka dan percaya akan PTS kerana prinsip ilmunya, dan prinsip amanahnya. Saya kini sedang menulis untuk dua penerbitan (salah satunya PTS - sebagaimana yang dimaklum menerusi e-mel kepada Sifu, awal tahun dulu), dan kerana kedua-dua penerbit ini merupakan dua syarikat yang sama-sama mendapat kepercayaan saya (selain untuk membalas budi kedua-dua penerbit ini).

Ilmu itu haruslah percuma. Kita lihat bagaimana kerajaan memperuntukkan begitu banyak wang untuk membantu ramai usahawan, ramai pelajar melanjutkan pengajian dan sebagainya. Maka perjuangan PTS, menulis untuk memandaikan bangsa adalah bertepatan sekali dengan tindakannya.

Saya percaya, keberkatan ilmu yang disebarkan menerusi UNIKA telah membantu ramai insan penulis yang menderita, dari idea Jibunsyi. Kita lihat Kasim Selamat yang kini sedang mengubah corak hidupnya menjadi penulis, daripada rintihan-rintihan menerusi blog, menjadi ayat-ayat yang kelak dapat memberi manfaat kepada keluarganya.

Kita lihat Romantis Selatan, yang dahulu kecewa dengan kehidupannya yang gelap hampir sedekad, kerana tidak berpeluang melalui jalan hidup yang benar, kini mendapat tempat (ketika usaha sama penerbitan buku antara PTS dan KarnaDya), sehingga puisi-puisinya ada diterbitkan dalam buku di KarnaDya menerusi perkenalannya dengan Sifu dan pihak KarnaDya.

Kita lihat pula Shamsuri dan Zamzuri, biarpun buta, namun tetap mendapat peluang di UNIKA, menulis dan menterjemahkan buku-buku untuk di-braillekan. Supaya orang buta juga dapat menghayati keseronokan karya-karya dalam PTS. Jika dahulu sukar untuk golongan ini membaca, namun PTS telah membuka peluang itu, dan dengan ini telah memberi peluang untuk golongan ini menimba ilmu.

PTS telah membuktikan, tanpa mengira hasil yang diperolehi, mereka, staf-staf PTS terus berjuang, memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi penulis.

Apabila wujudnya manusia yang sanggup memberi sumbangan kepada tamadunnya, biarpun tidak memperolehi hasil daripada sumbangannya itu, tamadun itu pasti akan terus subur dan berkembang maju.

Teruskan perjuanganmu, staf-staf PTS! Moga tahun-tahun mendatang akan lebih bermakna. Hidup sebagai pejuang, mati pun sebagai pejuang. Hidup sebagai pendidik, mati pun sebagai pendidik.

Saya seronok, dan beruntung, kerana dapat mengenali UNIKA. Saya seronok sebab dapat mengenali Puan Ainon, Sifu PTS. Saya gembira, sebab semasa kecil, saya suka membaca artikel-artikel Sifu dalam surat khabar. Barangkali, semasa kecil dahulu saya pernah berdoa, agar dapat bertemu dengan penulis artikel tersebut…

Kini, saya telah dapat berbicara dengannya. Mengenai penulisan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.