Novel-Novel Remaja PTS Digunakan di Nexus International School, Putrajaya
Cikpuan Ranofla Dianti Irwan, isteri kepada Allahyarham Sasterawan Negara S. Othman Kelantan, adalah guru subjek Bahasa Melayu di Nexus International School, Putrajaya. Beliau juga seorang sasterawan dan karya beliau pernah memenangi hadiah.
Di sekolah antarabangsa itu semua pelajar, baik rakyat Malaysia mahupun rakyat asing, mempelajari Bahasa Melayu.
Puan Ranofla menggunakan novel-novel kanak-kanak dan remaja PTS sebagai alat bantu mengajar dan belajar Bahasa Melayu kerana novel-novel PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).
Pengurusan sekolah itu memberikan kepada beliau bajet yang banyak bagi membantu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Di Facebooknya beliau menulis posting begini: "teman2 aku memerlukan pendapatmu...budget banyak ni utk memantap subjek BM di Nexus International School. Tahun ini aku mendapat 100% lulus utk Malay IGCSE dan ini merupakan batch pertamaku. Pengetua sungguh gembira dan memberikan standing ovation kepadaku."
Nota: Foto di atas menunjukkan sebahagian campus Nexus International School, Putrajaya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, klik pada foto.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


Post a comment