Novel Belum Siap Ditulis, METADOME sudah Mahukannya
Sdr. Zakir Husin adalah seorang bekas pegawai penjara. Beliau tidak pernah tahu beliau mempunyai bakat kreatif sehinggalah beliau menghadiri bengkel surah Yusuf dan KJ Method.
Novel beliau menceritakan apa yang berlaku ke atas budak-budak Mat Rempit yang dipenjarakan akibat kesalahan melanggar undang-undang lalu lintas.
Beliau juga menerangkan dengan detail proses bagaimana 2 orang banduan menjalani hukuman gantung sampai mati serentak.
Selepas membaca bahagian yang sudah ditulis, METADOME memaklumkan ia mahu menerbitkannya sebagai konten mobile!
.
.
Novel beliau menceritakan apa yang berlaku ke atas budak-budak Mat Rempit yang dipenjarakan akibat kesalahan melanggar undang-undang lalu lintas.
Beliau juga menerangkan dengan detail proses bagaimana 2 orang banduan menjalani hukuman gantung sampai mati serentak.
Selepas membaca bahagian yang sudah ditulis, METADOME memaklumkan ia mahu menerbitkannya sebagai konten mobile!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah sdr. Zakir!
——-
Assalamualaikum Saudara Ashadi,
Terima kasih atas sokongan saudara. Saya baru bertatih. Tahniah juga buat saudara. Saya bercadang untuk mengikut jejak langkah saudara yang telah banyak memberi sumbangan kepada dunia penulisan bersama-sama PTS.
Wassalam.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Dengan izin tuan punya blog…
Tahniah Tuan M Zakir, syabas. Semoga terus bersama PTS berjuang memandaikan bangsa.
Puan Sifu,
Adakah Metadome mahukan juga buku novel kerjaya profesional untuk menerbitkannya sebagai konten mobile?
Salam,
Tahniah Saudara Zakir!
Siti Hajar
Assalamualaikum Pn. Sifu.
Mohon diberi laluan untuk saya mengucapkan tahniah kepada Sdra. Zakir.
Tahniah Sdra Zakir. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah saudara kerana berani mencuba !!!
Tahniah saudara Zakir. Tahniah juga kepada Puan Ainon.
Tahniah buat saudara Zakir. Insya-Allah saya akan menyusul dengan adaptasi cerpen Komando 2069 kepada FonNovela.
Assalamualaikum,
Jutaan terima kasih atas sokongan dan dorongan daripada semua. Terasa ringan sedikit tanggungjawab yang bakal dipikul. Saya juga berharap agar saya dapat segera menemukan titik noktah dalam jibunsyi saya itu dengan kadar segera.
Wassalam.
Tahniah Sdr Zakir!!Teruskan usaha menyedarkan bangsa.
Tahniah kepada tuan Zakir.
Ketika membaca draf cerita tuan yang sedang disemak Sifu, saya rasa tidak sabar hendak menunggu manuskrip lengkap. Banyak maklumat menarik, pengajaran dan kisah-kisah yang membuatkan saya tidak boleh berhenti membacanya. Ditambah lagi dengan gaya penulisan tuan yang mudah dan santai, seperti seorang yang sudah biasa menulis novel (bukan sekadar laporan penjara).
Saya yakin, novel tuan dapat menjadi sumber inspirasi kepada ramai remaja lelaki. Sekurang-kurangnya, ramai yang akan berfikir berkali-kali untuk menjadi Mat Rempit. Wallahu’alam.
Post a comment