Wednesday, December 27, 2006

Novel Cinta 2.0: Resipi Surah Yusuf

Dalam mencari plot bagi novel cinta versi 2.0 surah Yusuf dapat dijadikan panduan apakah kisah cinta evergreen tidak memerlukan plot cinta yang di luar pengalaman orang biasa ataupun sebaliknya.

Berikut adalah ciri-ciri plot cinta dalam surah Yusuf:

1. Dalam surah Yusuf, watak utamanya seorang lelaki. Dia juga hero dalam plot.

Dalam surah Yusuf, heronya, yakni Nabi Yusuf, adalah lelaki ideal serba-serbi, kecuali dia miskin, malah jawatannya amat rendah, yakni hamba. Isteri al-Aziz jatuh cinta kepadanya sewaktu dia masih seorang hamba. (Ini ibarat seorang puan sri jatuh cinta kepada tukang kebunnya. Ini bukan plot cinta biasa.)

Dalam novel cinta 1.0 watak utamanya adalah perempuan, masih gadis, ataupun kemudian menjadi janda muda, ideal, menarik, perempuan yang mempunyai profesion, usianya lebih muda daripada si hero.

Disebabkan pengarang novel-novel cinta 1.0 adalah perempuan, maka natural sekali apabila heroin dalam novel-novel itu adalah perempuan.

2. Dalam surah Yusuf, perempuan menjadi watak utama kedua.


Dalam surah Yusuf, watak utama ke-dua adalah isteri kepada seorang lelaki bangsawan. Kita tidak tahu apakah dia cantik, yang pasti dia karektornya tidak baik. Dia isteri curang, pintar, licik, pendusta, pendendam. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Bandingkan ini dengan heroin-heroin dalam novel cinta 1.0 yang diberi karektor ideal serba-serbi, yang menjadi rebutan dua lelaki.

Dalam novel cinta 1.0 yang menjadi watak utama ke-2 adalah lelaki. Lelaki itu lelaki ideal, tampan, kaya, berjaya, profesional, duit sentiasa cukup. (Ini terbalik dengan surah Yusuf di mana lelaki menjadi watak utama.)

3. Dalam surah Yusuf, perempuan yang jatuh cinta dan tergila-gilakan si hero.

Dalam surah Yusuf, isteri lelaki bangsawan jatuh cinta kepada hambanya, ibarat seorang puan sri jatuh cinta dengan tukang kebunnya. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Dalam novel cinta 1.0 si lelaki ideal yang tampan dan profesional itulah yang jatuh cinta dan tergila-gilakan si gadis ataupun janda muda ideal.

4. Hero dan heroin tidak berkahwin.

Dalam surah Yusuf, plot cinta berakhir dengan hero dan heroinnya tidak juga berkahwin. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Dalam novel cinta edisi 1.0 hero dan heroin akhirnya berkahwin dan hidup bahagia.

5. Bukan cinta tiga segi.

Tema cinta tiga segi adalah ciri biasa dalam novel-novel cinta 1.0 di mana kalau tidak 2 lelaki berebut 1 perempuan, maka pastilah 2 perempuan berebut 1 lelaki.

Dalam surah Yusuf, kita tidak dapat hendak mengatakan ia sebuah kisah cinta tiga segi.

Nabi Yusuf tidak berebut dengan lelaki lain bagi mendapatkan cinta isteri al-Aziz. Demikian pula, isteri al-Aziz tidak berebut dengan perempuan lain bagi mendapatkan cinta Nabi Yusuf. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Kesimpulan: Berdasarkan ciri-ciri kisah cinta dalam surah Yusuf seperti di atas, nampaknya novel cinta 2.0 yang evergreen menghendaki plot cinta yang jarang berlaku dalam kehidupan seharian.

Ini menghendaki pengarang novel cinta 2.0 mempunyai daya fikir yang tinggi, yang kreatif, yang kritis, bukan bakat yang biasa-biasa.

Tuhan jugalah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Lelaki dan Novel Cinta Previous entry: PURNAMA DBP Pelawa Keahlian

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.