Novel Cinta dan Air Mata Seorang Ayah
Puan Sifu,
Terima kasih di atas ilmu yang puan berikan pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Saya rasa sangat terkesan apabila puan menyebut tentang perjuangan, anak-anak derhaka dan tanggungjawab penulis dalam membetulkan persepsi anak-anak muda perempuan tentang cinta dan sebagainya.
Sebenarnya air mata saya jatuh mengalir apabila puan sebut perkara itu tapi saya buat-buat "cover" takut orang nampak. Teringat saya kepada dua orang anak gadis belasan tahun saya di rumah.
Saya mendapat inspirasi hari itu. Terima kasih, Puan Sifu.
Dr. MSM
.
.
Terima kasih di atas ilmu yang puan berikan pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Saya rasa sangat terkesan apabila puan menyebut tentang perjuangan, anak-anak derhaka dan tanggungjawab penulis dalam membetulkan persepsi anak-anak muda perempuan tentang cinta dan sebagainya.
Sebenarnya air mata saya jatuh mengalir apabila puan sebut perkara itu tapi saya buat-buat "cover" takut orang nampak. Teringat saya kepada dua orang anak gadis belasan tahun saya di rumah.
Saya mendapat inspirasi hari itu. Terima kasih, Puan Sifu.
Dr. MSM
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan,
Satu kerugian bagi saya kerana tidak hadir di Bengkel pada Hari Ahad lepas. Terlepas untuk mendengar kata-kata nasihat dan pedoman daripada puan.
Beberapi hari lepas puan juga ada menulis entri berkaitan dengan persepsi salah remaja perempuan terhadap cinta. Kemudian ada entri lain yang menyebut anak-anak muda perempuan yang terlalu mengagungkan Cinta akibat dari membaca novel-novel cinta yang tidak bertanggungjawab. Anak-anak muda Melayu kebanyakannya menganggap kononnya cinta itu terlalu suci sehingga mahu disembah bagaikan berhala.
Pengalaman saya semasa belajar di IPT cukup menggerunkan. Bukan sahaja kerana cinta, malah hanya kerana meminati atau mengagumi seseorang lelaki, ada remaja perempuan yang gemar keluar dari batasan pergaulan.
Saudara Dr. MSM, saya juga berkongsi perasaan yang sama dengan saudara apabila membaca entri puan Ainon berkaitan perkara ini. Namun saya telah merasakan lebih awal lagi kerana kerana memikirkan adik-adik perempuan saya ketika itu.
Teruskan perjuangan untuk membetulkan persepsi anak remaja Melayu terhadap cinta.
Wassalam.
——-
Setuju sangat yang tahap cinta remaja perempuan berada di dalam tahap yang paling kritikal. Mereka rela meninggalkan ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan mereka dalam serba kepayahan.
Ini kisah benar:
Semasa saya di tahun akhir belajar di IPTA dahulu, terdapat kes seorang siswi perempuan yang bunuh diri semasa cuti semeter kerana teman lelakinya tinggalkan dia. Siswi ini junior saya dan seorang yang beragama Islam…
Ketika di IPT dahulu, saya pernah menyertai program ke sebuah Pusat Pemulihan Akhak (Taman Seri Puteri) untuk remaja perempuan. Residen yang paling muda berusia 12 tahun dan yang paling tua berusia 18 tahun. Daripada 160 orang residen, 98 orang adalah yang beragama Islam. 95% daripada mereka itu ditahan atas kesalahan yang melibatkan aktiviti seks.
Rata-rata daripada mereka yang saya temuramah mengatakan, mereka terjebak dalam aktiviti tersebut akibat cinta. Kerana cinta badan tergadai. Kerana cinta semua boleh. Tidak ramai yang benar-benar menyesal atas apa yang telah mereka lakukan. Pusat tahanan yang saya pergi itu adalah yang paling kecil.
Itu kisah 10 tahun lepas… sekarang, wallahu’alam.
Salam,
Saya pernah bertanya secara langsung kepada lelaki yang ingin berlaku kurang ajar kepada saya apakah yang akan mereka rasa sekiranya ada lelaki melakukan perkara yang sama terhadap anak perempuan, adik perempuan, kakak, cucu perempuan atau isteri mereka. Jawab mereka, “itu soal lain.”
Lelaki-lelaki ini saya perhatikan tidak tinggal sembahyang, pandai bercakap tentang agama; pendek kata ‘sempurna’ di mata masyarakat. Apabila keruntuhan akhlak disebut-sebut, selalunya yang dipersalahkan ialah wanita. Lelaki hidung belang seperti yang saya ceritakan di atas ‘terlepas’ juga selalunya.
Saya menyeru kepada penulis wanita terutamanya, marilah kita mengarang buku-buku yang memberi semangat kepada kaum wanita untuk mempertahankan harga diri masing-masing. Seperti yang pernah saya tuliskan di sini dahulu; wanita zaman kini, harus melindungi dirinya sendiri. Jangan menunggu ada orang lain yang akan bergolok mempertahankannya.
Assalamualaikum Puan Sifu,
Curahan Hati
————————
Curahlah cintamu pada yang sudi
menerima seadanya padamu sendiri
ikhlas mendamba sekeping hati
untuk sentiasa kau taati
Bila kau merajuk dia memujuk
bila buntu dialah tempat kau rujuk
bila kau marah dia tidak merajuk
sentiasa tenang tidak olok-olok
Cintai seorang lelaki bernama suami
semoga dapat kau jadi isteri
kalian saling rindu-merindui
semoga bahagia dan Allah Redhai
Assalamualaikum Saudari Siti Hajar,
Dalam soal keterlanjuran lelaki dan perempuan ini saya meletakkan kesalahan pada lelaki adalah 99 peratus manakala sesalahan perempuan 1 peratus.
Insya Allah dalam Jibunsyi saya, saya akan tekan lelaki hidung belang ini. Semoga pembaca akan lebih berhati-hati kepada mereka. Mereka yang berperangai begitu memang tidak boleh diberi muka.
Dalam soal terlalu mengagungkan cinta kononnya ianya terlalu suci, saya rasa kedua-dua pihak perlu disedarkan.
Post a comment