Novel Cinta Melayu: Dapatkah Diulang-kitar?
Ini adalah respons Sifu kepada pertanyaan Tan Sri Kang:
Mungkinkah kejatuhan angka jualan novel-novel cinta sekarang bersifat fitrah putaran hayat produk? Ertinya, mungkinkah 10 tahun dari sekarang citarasa pembeli akan kembali mahukan novel-novel yang diterbitkan hari ini?
Novel popular adalah produk bertaraf komoditi. Tingkah laku produk konsumer tidak dapat diramalkan dengan tepat.
Musim yang serupa setiap tahun tentu berulang, tetapi cuaca harian sukar diramal. Maksudnya, pasaran genre boleh berulang, ada 'cycle-nya'. Tetapi pasaran karya per-se, belum tahu.
Mungkin 10 tahun lagi pasaran akan kembali gila-gila membaca komoditi novel cinta, tetapi mungkin bukan novel-novel karya penulis yang terbit hari ini, sebaliknya novel-novel baru yang diterbitkan semasa.
Sepuluh tahun dari sekarang, pasaran Melayu tetap mahukan nasi impit dan ketupat, tetapi produk nasi impit dan ketupatnya tidak serupa lagi. Akan ada orang yang mahukan ketupat daun kelapa, tetapi itu sudah menjadi produk ala-butik, bukan produk komoditi lagi.
Setiap zaman menyaksikan karyawan sezaman. Dulu Puan Sri Saloma, kemudian Dato' Sharifah Aini, sekarang Dato' Siti.
Demikian pula novel-novel cinta. Ini zaman Fauziah Ashari dan Norhayati Berahim. Sepuluh tahun dari sekarang, nama-nama itu entah masih ada di dalam kedai buku entahkan tidak.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih Mbakyu. Inilah yang saya dan usahawan lain perlukan. Sangat penting untuk merancang strategi dan melancarkan produk baru.
Harap sangat, entri dan diskusi bisnes dalam Universiti PTS ini, bila genap setahun dibukukan dan dipasarkan. Ramai yang memerlukannya!
——-
Post a comment