Novel Comel sebagai Merchanise

Dalam taklimat MBOOK novel remaja oleh METADOME pada Ahad 27 April, Tuan Syaizul Amal dan Puan Ain Maisarah menerangkan bagaimana blog pengarang digunakan secara berkesan bagi mempromosi jualan buku.
Salah satu strategi yang dapat digunakan adalah dengan menggunakan buku-comel side-story sebagai merchandise.
Bagi tiap-tiap novelnya, Ain Maisarah menyediakan novel comelnya. Klik di sini bagi melihat pasangan novel asal dan novel comelnya.
Dalam novel "Aku Mahu Saiz S", ada seorang guru di sekolah Seri Bangsar yang sangat garang. Namanya Cikgu Amnah. Beliau mempunyai jambul kembang.
Kisah apa yang menyebabkan jambul Cikgu Amnah begitu kembang diceritakan dalam novel comel yang bertajuk "Rahsia Jambul Kembang Cikgu Amnah".
Semasa Pesta Buku 2008 lapan, ada peminat Ain Maisarah yang datang ke booth PTS untuk sesi bergambar dengan Sang Penulis Pujaannya, dan dia tidak membeli novel terbaru beliau "Aku Mahu Teman Tapi Mesra". Dia pulang dan mahu membelinya dari Ain Maisarah menggunakan internet semata-mata kerana mahukan novel comelnya.
Kelab peminat Puan Ain Maisarah kini mempunyai lebih 2000 orang ahli. Ada di antara mereka yang bertaraf peminat tegar, sehingga ada kes di mana dua orang adik beradik masing-masing tidak mahu berkongsi membaca novel beliau. Masing-masing membeli sendiri novel-novel Ain Maisarah.
Jumlah pengunjung unik ke blog beliau kini sudah melebihi 20 ribu orang.
Sebagai penulis PTS, Puan Ain Maisarah dapat membeli novelnya daripada PTS pada 35% diskaun. Beliau menjual novel-novelnya kepada ahli-ahli kelab peminat beliau.
Hanya mereka yang membeli daripada beliau sahaja berpeluang membeli novel comelnya. Ini yang membuat sesama peminatnya jeles kerana berlawan-lawan koleksi siapa lebih lengkap!
Banyak peminat Ain Maisarah terdiri daripada ibu-dan-anak. Mereka sama-sama membaca novel-novel beliau.
Si anak membaca kisah generasinya sendiri. Si ibu teringat kisah-kisah zaman mereka masih remaja di sekolah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment