Saturday, July 25, 2009

Novel Dakwah yang Berlatar Belakang Cinta Remaja Kampung

Novel Hanya Tuhan Yang Tahu ini telah dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi dibekalkan kepada semua perpustaan awam di seluruh negara.

Dipetik dari resensi buku Berita Harian:

TEBAKAN awal bahawa Hanya Tuhan Yang Tahu karya A Razak Adam sebagai satu lagi klise dalam novel cinta remaja yang membanjiri pasaran buku tanah air ternyata silap terbukti silap apabila penulis membaca karya pengarang yang juga seorang guru.

Novel pengarang lelaki ini, nyata berbeza apabila A Razak mengetengahkan konsep cinta remaja berteraskan Islam pada setiap watak, sekali gus mempengaruhi minda pembaca remaja bahawa tidak semua kisah cinta berlangsung dalam suasana penuh romantis.

Sazali yang menjadi penggerak utama novel ini ditampilkan sebagai lelaki yang tahu menghormati orang lain dan terkenal di kampungnya kerana budi bahasanya dan kelebihannya itu, menjadikan beliau istimewa berbanding remaja lelaki seusianya yang lazimnya kurang dalam aspek terbabit.

Sungguhpun begitu, Sazali tidak pernah memandang rendah kepada rakan sebayanya seperti Rizal yang terkenal dengan sifat gopohnya, Baharuddin (kasar), Ramlan (panas baran) dan juga Ah Seng, rakan Cina, tetapi berminat dengan Islam.

Segala pertanyaan mengenai Islam yang diajukan Ah Seng cuba dijawab Sazali dengan tenang sedaya mungkin selain pemuda itu sering menasihati rakan sepermainannya yang lain dengan harapan mereka akan mendekati Islam dengan penuh makna.

Foto di bawah menunjukkan novelis A. Razak Adam di sebuah sesi promosi novel beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS akan Mula Mengiklankan Buku-Bukunya dalam Akhbar Cina Previous entry: PTS Mengamalkan Bisnes Bebas-Rasuah
Shamsuddin Kadir  on  07/26  at  12:03 AM

Tahniah Tuan Razak,

Semoga apa yang saya kata kepada Tuan semalam menjadi satu lagi berita baik untuk Tuan pada tahun ini, amin.

Shamsuddin Kadir

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/26  at  02:02 PM

Assalamualaikum,
terima kasih kepada Puan Ainon, Cik Ashikin, Tuan Roslan dan seluruh warga PTS. Saya rasa sungguh teruja melihat iklan sebesar itu berbanding dengan usaha yang sedikit yang saya curahkan. Namun saya ucapkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga terhadap Allah S.W.T dan pihak PTS. Saya percaya dan penuh yakin usaha pihak PTS ini akan membakar semangat saya untuk lebih berusaha keras menghasilkan karya-karya bermutu dan pastinya akan dapat memastikan karya ini nanti menjadi karya yang banyak diulang cetak. Kepada Tuan Shamsuddin Kadir, terima kasih atas doa Tuan. Semoga kejayaan milik kita bersama dan milik semua penulis, amin.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.