Mengapa Novel Espionase Ini Amat Istimewa
Lupakan konsep 'buku Malaysia' dan 'buku Indonesia'. Fikir 'buku Melayu'.
Lupakan konsep 'pasaran Malaysia' dan 'pasaran Indonesia'. Fikir 'pasaran buku Melayu'.
Novel kisah espionage ini istimewa. Ia adalah pembuka satu lagi lembaran baru dalam sejarah industri penerbitan buku Melayu.
Novel kuih-tempah ini ini dicipta konsepnya di PTS. Kemudian dicarikan penulisnya di Jakarta, lalu ditulis oleh pengarang Jakarta, dan manuskripnya terus diemelkan ke PTS ONE, lalu diterbitkan di Malaysia.
PTS memang mahukan novel espionase (istilah Indonesia) bagi ditargetkan kepada pembaca remaja lelaki, tetapi tidak ada penulis Malaysia yang berminat menghasilkan genre itu.
Dalam mencari genre-genre baru, PTS tidak akan membatasi peluangnya pada penulis-penulis tempatan sahaja. Kita akan mencari sampai ke Indonesia.
Adalah dalam rancangan kita buku-buku seperti novel Profiler ini dapat di-reekspot pelesenannya ke Jakarta. Ertinya nanti, penerbit Indonesia melesen karya penulis Indonesia yang ditulis di Jakarta tetapi diterbitkan di Kuala Lumpur.
Sebelum ini PTS sudah menggunakan perkhidmatan studio grafik di Jakarta bagi mencipta cover-cover buku PTS. Yang paling ngetop adalah cover novel Salju Sakinah karya Zaid Akhtar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya sudah membaca novel ini.
Walaupun ia ditargetkan untuk remaja lelaki tetapi novel ini membuatkan Ramli Awang Mursid seperti anak kecil. (Dalam genre thriller)
Betul-betul membuat andrenalin saya naik hingga ke puncak. Masya-Allah.
Post a comment