Tuesday, November 14, 2006

Novel Jibusnyi PTS dan Strategi Bisnes Gaya Blue Ocean

Berkali-kali kita ditanya: "Apa lainnya novel-novel terbitan PTS FORTUNA?"

Maka inilah jawapan kita:

Sebagai strategi bisnes, PTS tidak boleh masuk pasaran fiksyen dengan tidak menawarkan produk-produk yang unik, yang tidak berbeda daripada produk-produk sedia ada dalam pasaran.

Seandainya novel-novel PTS serupa dengan novel-novel DBP, ataupun ALAF21 ataupun CREATIVE, kita akan masuk wilayah 'red ocean', yakni ranah pasaran lama yang sudah penuh sesak dengan pemain-pemain lama.

Dengan menerbitkan novel-novel jibunsyi yang ditulis menggunakan teknik surah Yusuf, PTS mencipta wilayah 'blue ocean', yakni PTS meneroka dan membuka ranah pasaran baru, di mana selain PTS tidak ada pemain lain dalam ranah baru itu.

Justeru, dalam pasaran novel jibunsyi, yang ada hanya novel-novel terbitan PTS! Sesiapa yang mahu membaca jibunsyi Melayu, mereka tiada pilihan lain kecuali membaca jibunsyi dari PTS FORTUNA.

Dengan menggunakan strategi blue ocean, novel-novel jibunsyi PTS tidak akan bersaing dengan novel-novel terbitan DBP, ALAF21 ataupun CREATIVE.

Inilah strategi bisnes PTS. Dengan menerbitkan novel-novel jibunsyi Islami, PTS tidak mempunyai pesaing!

Strategi blue ocean mengajar kita supaya jangan menjual kepada pelanggan yang ada, sebaliknya, jual kepada bukan pelanggan.

Justeru, PTS tidak mentargetkan jualan novel-novel jibunsyinya kepada pembaca novel-novel cinta. Sebaliknya jualan jibunsyi PTS adalah ditargetkan kepada mereka yang selama ini tidak membaca novel!

Sekiranya selepas ini akan ada penerbit lain ikut menawarkan jibunsyi, automatis PTS akan menjadi pesaing mereka. Justeru, mereka perlu mem-benchmark kualiti jibunsyi yang mereka terbitkan dengan kualiti jibunsyi PTS.

Pada waktu penerbit ikut-ikutan itu sibuk menganalisis di mana kekuatan dan kelemahan jibunsyi PTS dengan niat mahu mengalahkan kualiti PTS, pada waktu itu PTS sudah membuka ranah baru lagi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rangkaian RYTHM Mengecut Previous entry: Dato' Hassan Ahmad dan Bahasa Melayu Rendah
dingin  on  11/14  at  07:59 PM

ranah itu apa?
——-

Puan Ainon Mohd.  on  11/15  at  03:58 AM

Sdr. Dingin,

Istilah ‘ranah’ dipinjam dari Bahasa Indonesia. Ia datang dari perkataan Minangkabau yang makna asalnya adalah ‘tanah’. Justeru ‘ranah Minang’ bernakma ‘negeri Minang’.

dingin  on  11/15  at  06:40 AM

owh minang

alang kelana  on  11/15  at  11:40 PM

Wow, kita mesti berada satu atau dua langkah di hadapan pesaing, barulah kita akan sentiasa mendapat taraf ‘perintis’ (pioneer)...

Maka bila kita berada ditaraf perantis, orang yang mahu memasuki medan yang sudah di rintis oleh perantis maka ia mesti mengikut perantis, ye begitu, Sifu??

Puan Ainon Mohd.  on  11/16  at  07:16 AM

Sheikh Alang,

Isu orang bisnes mesti jadi perintis ini amat penting dalam teori bisnes Islam.

Buat bisnes itu sunah Nabi. Sebelum Nabi diangkat menjadi Nabi, beliau menjadi orang bisnes, sejak usia 12 tahun sehingga usia 38 tahun. Bisnes beliau adalah trading, bukan manufacturing mahupun service.

Dalam Islam, apabila kita buat bisnes dalam bidang yang belum ada, maka kita diberi pahala berlipat ganda!

Demikianlah insentif yang disediakan bagi mereka yang berani menawarkan produk-produk baru. Justeru, jangan hanya jadi bisnesman ikut-ikutan!

mxypltk  on  11/27  at  09:02 AM

Sorry tak tahu apa makna jibunsyi?

rastom  on  11/27  at  11:46 AM

Untuk menelusuir sejarah asal jibunshi sila klik ,a href=“http://links.jstor.org/sici?sici=0021-9118(199611)55:4<902:HTJMAM>2.0.CO;2-X&size=LARGE”>SINI</a>

rastom  on  11/27  at  11:47 AM

Arrgh! Panjang sangat link…tunggulah penjelasan dari Puan Ainon.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: