Monday, December 06, 2010

Novel ke-12 Abd. Latip Talib dalam Tahun 2010 dengan Judul ‘Hijrah’ Terbit Sempena Maal Hijrah

Dalam tempoh 12 bulan (Januari - Disember 2010), PTS menerbitkan 12 judul novel karya terbaru sasterawan Abd. Latip Talib. Ini adalah suatu rekod dunia!

Novel beliau yang terbaru berjudul "Hijrah" dan terbit sempena musim perayaan Maal Hijrah.

Novel Hijrah adalah setebal 640 halaman. Pada saat berita ini ditulis, novel itu masih di kilang cetak.

Sebenarnya, Tn. Abd. Latip Talib memegang banyak rekod peringkat Malaysia. Antara rekod itu, beliau adalah sasterawan Melayu yang nilai jualan karyanya melebihi RM1 juta setahun dalam pasaran terbuka, menjadikan beliau penerima royalti paling tinggi.

Rekod dan data jualan di jabatan sales PTS menunjukkan trend jualan karya-karya beliau akan mebolehkan nilai jualan yang mencapai RM2 juta setahun dalam tempoh tidak lama lagi.

NOTA: Semua novel beliau dalam siri sejarah Islam sudah dilesenkan kepada penerbit Mizan di Bandung bagi diterbitkan semula untuk pasaran Indonesia. Mizan adalah penerbit ke-2 terbesar di Indonesia, selepas Gramedia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Setiap Kali Selepas Majlis Penyampaian Hadiah, Orang Sastera Marah-Marah Previous entry: Strategi Mengkomersialkan Sastera: Mencipta Excitement Terhadap Sasterawan dan Karya Sastera Melayu

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.