Monday, August 04, 2008

Novel Khalid dan Salahudin Dijadikan Modul Latihan Motivasi

Semasa Sifu dan YM Dr. Tengku Asmadi menghadiri majlis taklimat program pembangunan modal insan negeri Selangor pada hari Khamis lalu, saya didatangi oleh 4 orang wakil sebuah syarikat training.

Ketua kumpulan itu memberitahu bahawa beliau menggunakan novel Khalid dan Salahudin sebagai modul bagi mencetuskan rasa berani dan sanggup berkorban demi agama.

Selepas si ketua bercakap, semua 4 orang wakil syarikat itu berebut-rebut bercakap memuji-muji kebagusan novel tersebut dan bagaimana teknik-teknik yang mereka gunakan.

Rasanya, di negara kita hanya syarikat itu yang menerokai strategi menggunakan novel sebagai modul latihan motivasi pembangunan insan.

Usaha menggunakan karya kreatif sebagai asas modul latihan mempunyai banyak manfaatnya, apatah lagi apabila karya yang dipilih adalah sastera sejarah. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis: Menulis Buku Sastera Awal Remaja dan Remaja Previous entry: Bahasa Melayu Rendah: 'ingat'
Abdul Latip  on  08/04  at  03:14 PM

Tunku Ibrahim salah seorang peminat novel sejarah Islam pernah memberitahu saya bahawa Negara Jerman menjadikan kisah peperangan Khalid al Walid sebagai modul latihan ketenteraannya.  Mereka mengkaji strategi-strategi peperangan yang digunakan oleh Khalid al Walid sehingga tidak pernah kalah dalam setiap peperangan yang disertainya.

Alangkah baiknya sekiranya tentera Malaysia juga menjadikannya sebagai modul latihan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: