Thursday, July 20, 2006

Novel Kisah Ibu Tunggal

Kita banyak menerima sinopsis cerita tentang penderitaan, perjuangan dan akhirnya kejayaan wanita-wanita yang menjadi ibu tunggal akibat perceraian, dan kita tolak sinopsis-sinopsis itu. Jika sinopsis itu adalah kisah ibu tunggal akibat kematian, kita boleh terima.Membaca kisah-kisah kejayaan ibu tunggal akibat perceraian boleh mencipta risiko kesan negatif ke atas minda perempuan-perempuan yang membacanya.Risikonya: Perempuan-perempuan yang banyak membaca novel-novel yang objektifnya adalah bagi membuktikan bahawa.....


bercerai itu 'ok',


jadi ibu tunggal itu 'ok',


tidak ada suami itu 'ok',


anak-anak dibesarkan tanpa ayah dalam rumah itu 'ok',


mudah dapat suami baru yang lebih baik,


kahwin kali kedua lebih bahagia,


hidup sebagai ibu tunggal boleh juga berjaya........


Dikhuatiri, akibatnya, lama-lama perempuan-perempuan yang banyak membaca cerita-cerita seperti itu boleh mendapat semacam rasa yakin dan berani hendak bercerai apabila mengalami masalah dengan suami.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menang Tapi Dilelong Previous entry: Penulis Tidak Perlu Penerbit Lagi
rastom  on  07/20  at  09:13 AM

Puan Ainon, alangkah baiknya kalau kesedaran ini juga ada pada penjana filem/video kita yang terikut ikut dengan trend dan kepentingan duit semata mata.
——-

Rohana  on  07/20  at  12:42 PM

Puan Ainon, saya setuju jangan terlalu banyak menunjukkan janda2 yang berjaya dan bahagia selepas bercerai, golongan itu cuma segelintir saja, itu bukan realiti yang sebenar, sebaliknya kebanyakan janda lebih menderita selepas bercerai, tak dapat nak cari suami baru sampai tua. Lebih baik jadi isteri tua, sekurang-kurangnya masih ada suami… Mula-mula memang sakit hati yang teramat sangat bila dapat tahu suami ada hubungan sulit, tapi kalau sabar dan berserah kepada Tuhan, insyaAllah, dugaan itu dapat diterima.

rastom  on  07/20  at  01:41 PM

Puan Ainon nak mencelah sikit.
Dalam banyak karya Melayu fasal hubungan   nikah poligami, saya baru temui satu orang penulis yang menggarap tema dengan nada positif - M Affandi Hassan. Yang lain semuanya asyik cerita bergaduh, isteri cekak pinggang, suami hayun tangan - klise saja. Saya nantikan karya yang ikut teladan M Affandi Hassan dizaman penuh pancaroba ini.

ummu habibah  on  07/20  at  03:55 PM

Aslamualaikum wbth.

Diharap lebih banyak penerbit mempunyai pemikiran intelek yg tinggi macam Puan Ainon yg memberi perhatian berat kpd kepentingan perempuan dan keluarga dalam menjalankan bisnesnya. Syabas PTS! kerana mempunyai rasa tanggungjawab yang besar terhadap akhlak pembaca buku2 PTS.

janda hias  on  07/20  at  07:07 PM

Puan Ainon, TV dan majalah2 hiburan banyak mengglamourkan janda2, sampai banyak perempuan yg bergaji tak takut nak jadi janda. Baru dapat tahu suami ada affair kecil dah beri kata dua pd suami. Kalau suami tak putuskan juga hubungannya, dia terus ke pejabat kadi isi borang nak ceraikan suami. Kemudian dia pergi pejabat peguam untuk dapatkan pembahagian harta sepencarian.

Dulu perempuan amat takut dan malu jadi janda.

Imej janda glamour dapat kawin menteri macam Tiara dan Normala Samsudin memberi harapan kepada artis2 lain yg ada masalah dengan suami, kalau mereka bercerai mereka pun boleh dapat suami baru yg lebih kaya.

Sekarang ini pula kahwin duda dah jadi sangat glamour bila Siti kahwin Dato’ K. Dulu anak dara amat malu dituduh curi suami orang, tapi sekarang Siti sudah buktikan ia tak perlu malu. Lepas ini artis2 lain akan lebih berani paksa bakal suami ceraikan isteri yang ada, sebab dah ada contoh macam Siti.

Sitie  on  07/23  at  08:41 PM

Benar seperti Puan Rohana tulis,sebenarnya ramai ibu-ibu tunggal@janda yang menderita membesarkan anak terutama di Kuala Lumpur. Rajin-rajinlah menghubungi persatuan-persatuan ibu tunggal jika mahu mendengar keluhan mereka. Jika rumah anak-anak yatim mewah dengan sumbangan terutama bulan ramadhan, persatuan ibu tunggal pula tercari-cari penaja. Ada yang dapat sumbangan tapi itupun setelah ketua mereka ‘rajin’ turun naik pejabat tertentu. Janda tak glamour serta menderita sebenarnya lebih ramai dan merekalah yang perlu ditonjolkan agar penyakit cerai-berai menjadi sesuatu yang ngeri buat perempuan/isteri.

naziehah  on  07/24  at  01:46 AM

pd pendapat saya, kalau hidup menderita dgn suami yg tak guna, lebaih baik angkat kaki. kenapa kita kena ‘berkorban’ sgt.

isunya bukan jd ibu tunggal tu ok ke tak.

isunya kenapa suami menjadikan isterinya ibu tunggal?

Roslili  on  07/24  at  08:03 AM

Cik Naziehah,

Jawapan kpd pertanyaan anda…. sebab si ibu tunggal sudah tersalah pilih lelaki untuk diambil sebagai suami….

janda hias  on  07/24  at  09:23 AM

Cik Sitie, saya rasa ada tak eloknya kalau banyak menonjolkan kisah janda2 yang hidup menderita akibat bercerai, sebab nanti timbul rasa kebencian terhadap lelaki pulak.

Sebenarnya lelaki yang jahat kpd isteri dan perempuan pun segelintir sahaja, tak ramai, tapi itulah yg ditonjol2kan dalam novel cinta….

Lebih baik tulis cerita2 yang memberi bimbingan hidup bahagia sebagai suami isteri walaupun mereka hidup susah ataupun mengalami dugaan tuhan dengan pelbagai ujian. Tulis kisah2 kasih sejati dan cinta abadi supaya jadi ikutan.

Anonymous  on  07/25  at  03:47 PM

Bagaimana mahu menulis kala menunduk,bimbang yang menunduk ialah mata sebab mengantuk.
Tidak mendabik kata,PTS mesti bersikap terbuka menerbit pengkaryaan yang menulis dengan kupasan mendidik menurut terma berpilih-pilih menyumbang manafaat.
Bisa bicara bila ia tersemat di jiwa,jujur menyapu ragu yang cuba di nilai oleh mata,yang sakit hati tapi menangisnya di mata,yang pedih luka jiwa namun yang merenung menentang sempadan diri tetap mata!
Ikhtiar urus agar mata menatap yang benar dari susunan niat dari baris-baris kata…akhirnya terjemahkan pada tindak gerak laku.Saat ini mata juga yang di guna untuk menilai…biar yang ditindas berkali-kali minda yang merasa menyelami menerima hakikat…selagi tak mampu bersikap adil…menjadi juara hanya pada bicara yang berserampang dua mata !Bangunkan yang sudah mula nak terlena dengan madah berhelah kata…..

Misal,bersuami/beristeri melengkap
separuh Ad-Deen,benci sunnah bukan ummat Rasul,bercinta dengan niat yang jelas memberi kekuatan bila berhadapan dengan ujian.
Transisi masa 5-10 tahun berkenal jiwa raga…11-15 tahun telah terbina kekuatan akal yang upaya menyaring kemelut isu-isu ‘terumbu karang’ yang menghalang kebahagian.

Berapa lama masih mahu membukti diri tetap setia…PTS perlu melangkah jauh bersama dengan ‘peminat’ yang berkala bangsa….
Puan Sifu…jam pun di “set’ untuk masa senggang…pembaca pun bukan semua tema mereka suka…sesekali mereka juga mahu sekadar mendengar IPod je…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  10:35 PM

Lelaki memang diutus untuk mendidik,melindungi dan menjaga kaum wanita. Tapi yang di temui hanya segenlintir sahaja yang menghargai dan menghormati wanita. Selebihnya hanya ingin kepuasan sendiri dan mengambil kesempatan ke atas kebaikan wanita. Saya mengajak anda semua dengar celotah deejay radio SINAR setiap pagi iaitu kak engku, abang jem dan kril. Setiap pemanggil lelaki yang menghubungi pastinya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi dan tak pernah bersyukur dengan isteri yang ada. Bukannya mereka berfikir bagaimana cara untuk perbaiki hubungan dan keadaan, sebaliknya mengambil jalan mudah menjalin hubungan dengan wanita lain. Bukankah masalah lebih besar akan muncul? Kalau nak isteri cantik, hulurlah duit. Tapi selalunya duit nafkah pun susah nak beri. Kalau setiap tahun dapat kenaikan gaji tapi nafkah RM50 isteri tetap sama walaupun lebih 10 tahun kahwin… Tapi minum teh dengan kawan bergelen2 dan hisap rokok berkepul2…....

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  09:15 AM

Topik lama hidup kembali! Fenomena cenderawasih? :D

Publisiti kisah syahdu poligami yang gagal terlalu meluas. Ini memberi kesan negatif pada mata masyarakat.

Di dalam usaha untuk memandaikan masyarakat dalam teori dan aplikasi praktikal poligami, kita harus lambakkan pasaran dengan kisah-kisah keindahan poligami. Ini untuk mengimbangi tsunami unsur negatif yang kini melanda.

Kerjaya saya membolehkan saya ke merata negara bercampur dengan pelbagai bangsa. Di Oman atau mungkin di Yemen, katanya, isteri-isteri marah kalau suaminya enggan berpoligami. Mereka berkejar sungguh janji payung emas. Kesian sesetengah suami tua yang terkadang bengkok juga jadinya hendak menunaikan kerenah si isteri. Polar applikasi di sana jelas berbeza. Ini pun pada saya mengerikan juga.

Yang penting kita tak boleh ekstrim. Kesian janda2 dan andalusia yang mencari-cari.

Poligami adalah satu cabang ibadah yang paling teruk difitnah di Malaysia. Mari kita bandingkan Haji kali kedua, dan kawin kali kedua. Haji kali kedua biasanya disanjung, tapi kawin kali kedua biasanya dipandang serong. Padahal dua2 hukum tak wajib, berkemungkinan tersilap laku dan ‘tergigit lidah’.

Saya ada seorang kawan. Dia hendak kawin lagi satu tapi isterinya tak bagi. Padahal dia mampu. Kesian dia.

Saya ada seorang kawan. Dia hendak pakai emas, tapi suaminya tak mahu belikan. Padahal suaminya mampu. Kesian dia.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: