Monday, May 16, 2011

Novel Melayu, Nasi Lemak, Sate dan Karipap

Pada masa ini novel-novel Melayu masih dibeli dan dibaca oleh 99.9% peminat Melayu. Pasaran novel Melayu dapat dibesarkan dengan memperkenalkannya kepada pembaca bukan-Melayu.

Beberapa faktor yang diperlukan bagi memasarkan novel-novel Melayu kepada pembeli bukan Melayu adalah:

(i) Tema dalam novel perlu memenuhi kehendak pembaca Melayu dan bukan-Melayu.

(ii) Persoalan-persoalan dalam novel Melayu tidak boleh terlalu Melayu sehingga di luar pengalaman bukan-Melayu.

(iii) Pakejing novel-novel Melayu perlu memenuhi citarasa bukan Melayu.

(iv) Bahasa yang digunakan perlu mudah dapat difahami oleh pembaca bukan-Melayu.

Pemasaran dan penjualan novel-novel Melayu dapat meniru apa yang berlaku kepada produk makanan seperti nasi lemak, sate dan karipap. Makanan-makanan itu adalah makanan Melayu, tetapi pada masa ini ia sudah menjadi kegemaran bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat 1: Isu-Isu dalam Memasarkan Novel Melayu kepada Bukan Melayu Previous entry: Penerbit Drama Televisyen Berminat Melesen Komik-M Siri Ultra Qalif
Syaizul Amal  on  05/16  at  11:19 AM

Assalamualaikum Puan Ainon yang dihormati,

Saya sangat bersetuju untuk kita berusaha membuka pasaran novel kepada bangsa lain iaitu Cina dan India Malaysia.

Saya perlu mengatur strategi dari awal dan strategi ini mesti dipersetujui oleh semua pihak.

Strategi satay dan nasi lemak adalah sedikit berbeza. Bangsa lain yang makan satay tidak rasa terancam atau menggugat kepercayaan agama mereka. Imej keagamaan yang jelas mungkin membuatkan mereka berhati-hati atau menjauhi novel PTS.

Antara lainnya :

1) Watak-watak bertudung di kaver buku.
2) Tulisan bismillahhirahmannirahim di laman pertama buku.
3) Penceritaan di dalam novel yang kuat unsur ketuhanan.
4) Perkataan-perkataan arab seperti Masya-Allah dan Insha-Allah.

Ini tidak bermakna kita perlu mengubah perkara-perkara di atas. Walaubagaimanapun ia sesuatu yang perlu difikirkan.

Contoh buku-buku SweetValley, cerita mengenai VAMPIRE, penulis tidak menyentuh mengenai penggunaan SALIB, alatan yang digunakan hanyalah bawang putih.

Jarang sekali buku-buku novel menyebut “Jesus Christ” kebanyakan menyebut Lord atau God. Walaupun begitu saya pasti kaedah mereka menggunakan perkataan TRUST, God Love U, god Bless you dan pelbagai ayat lain bagi melambangkan ketuhanan. Gaya dakwah ini sangat halus.

Kaedah dakwah ada pelbagai cara, jika kita pilih cara A ada pula pihak yang tidak sehaluan mahukan cara B. Oleh itu strategi kita untuk menakluk pasaran pembaca Cina dan India perlu ada ruang lingkupnya agar kita boleh bereksperimentasi dalam ruang lingkup (skop) yang jelas.

Saya mohon komen rakan-rakan penulis dan penerbit lain.

Terima kasih.
Pengurus AinMaisarah

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: