Monday, December 03, 2007

Novel PTS Bernilai Motivasi-Inspirasi

Kita masih menerima surat-surat emel daripada penghantar yang sedang mencuba-cuba hendak menjadi novelis. Hampir 99% emel itu datang daripada perempuan.

Sinopsis yang dihantar oleh pengirim perempuan boleh dikatakan 100% hendak mencurahkan perasaan-perasaan negatif - kecewa, marah, sakit hati, tidak puas hati, dendam, benci, sedih, pilu, rindu, muram, kelam...  

Bagi maklumat saudara yang baru berkenalan dengan UNIKA, PTS hanya menerbitkan novel, baik novel remaja mahupun novel bacaan dewasa, yang bernilai inspirasi dan motivasi. 

PTS bukan sebuah rumah ratapan, bukan tempat mencurahkan harapan-harapan palsu dan rintihan-rintihan nasib malang.

Novel-novel PTS berfungsi membangun dan memandaikan bangsa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Strategi dan Teknik Aplikasi Teori Psikolinguistik bagi Meningkatkan Kualiti Bahasa Previous entry: Surat Pilihan: Kerana Bertudung Menjadi Pakar Rujuk
Web Sutera  on  12/03  at  08:28 PM

Assalamualaikum Sifu,

Em, memang begitulah perempuan, banyak emosi.

Lagi satu Sifu, ulasan saya terhadap Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah menerima beberapa komen menarik. Sila rujuk blog pasalbuku, kalau Sifu sudi.

zaidakhtar  on  12/03  at  09:17 PM

Sifu,
mengapa nama-nama penulisnya berbau Indon?
Atau memang ia novel Indonesia yang diterbitkan dalam versi BM?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/03  at  09:28 PM

Tuan Zaid,

Ya, benar! Lebih banyak novel cinta Islami dari Jakarta akan kita terbitkan.

Yang akan datang novel cinta Islami maskulin!

rastom  on  12/03  at  11:31 PM

Saya suka kedua dua buku ini kerana kulitnya ! tongue laugh

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: