Novel Motivasi Berniaga untuk Remaja Awal
![]()
![]()
![]()
![]()
Siri Usahawan Cilik ini diterbitkan oleh PTS Profesional Sdn. Bhd. dengan tujuan mendorong kanak-kanak dan remaja awal sambil membaca buku cerita yang menyeronokkan sambil mereka dapat belajar ilmu berniaga.
Objektif siri ini adalah menanamkan dalam minda kanak-kanak dan remaja awal yang membacanya supaya timbul cita-cita mahu menjadi usahawan sejak kecil lagi, sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad. Oleh itu maklumat tentang ilmu berniaga diselitkan dengan banyaknya sepanjang-panjang perjalanan ceritanya.
Siri ini mendapat sambutan yang baik dari pasaran dan cepat diulangcetak. Lebih banyak buku dalam siri ini akan diterbitkan, setiap buku dengan tema perniagaan yang berbeza.
Inilah buku yang sesuai dijadikan hadiah hari jadi ataupun hadiah pelbagai peraduan di sekolah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam, puan.
Hebatnya buku-buku ini. Memang dalam sistem pendidikan Yahudi semenjak dari peringkat rendah lagi mereka telah pun tanam semangat berniaga / penciptaan dengan pendekatan amat berkesan.
Saya ada terbaca dalam kertas kajian mengapa Yahudi bijak. Di sini juga saya ingin memaklumkan puan pihak UNIKL akan mengadakan pameran produk bulan April ini dan saya salah seorang ahli jawatankuasanya. Ada ataupun tidak apa-apa yang puan mahu promosikan ataupun taja untuk kami jadikan hadiah ataupun pemberian kepada pengunjung terutama ahli akademik?
Sila hubungi atau emel saya di .(JavaScript must be enabled to view this email address). Terima kasih kerana sudi.
.............
Nota Pn. Ainon: Hubungi Puan Norhazizam, Pengurus Jabatan Marketing PTS emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Kami terus komited bagi menghasilkan buku-buku dalam siri usahawan bagi membantu remaja awal memulakan bisnes seperti mana yang kami lalui sewaktu di bangku sekolah rendah, menengah, universiti dan ketika di dunia bisnes terbuka.
Hari ini Warren Buffet yang telah memulakan bisnes seawal 5 tahun telah menjadi orang yang terkaya di dunia. Beliau adalah ikon Usahawan Cilik sebelum kita melahirkan seseorang dari rakyat kita sendiri.
Kepada mana-mana individu ataupun organisasi yang ingin menjayakan program peralihan bagi melatih remaja awal memulakan bisnes sendiri seawal 7 tahun boleh menghubungi kami.
Shamsuddin Kadir h/p 019 3001200
http://www.ShamsuddinKadir.com
Seringkali kita dimomokkan tentang kesukaran untuk berniaga. Orang-orang tua terdahulu sering mengingatkan betapa berisikonya jika seseorang menceburi bidang perniagaan (usah berhenti kerja gomen, jangan memandai-mandai nak meniaga….katanya). Pada masa dahulu jarang kita dengar anak-anak ingin jadi peniaga berjaya. Usahkan peniaga berjaya, jadi peniaga pun sudah ditertawakan. Jadi buku siri usahawan cilik ini tidaklah terlewat jika dikatakan sebagai usaha membuat anjakkan paradigma generasi muda kita. Sewaktu saya adakan sesi bicara buku(Kerepek AF dan Homestay Bayu)terdapat ramai ibu bapa yang berikan sokongan akan kehadiran buku ini di pasaran. Selain daripada isinya yang menarik, cover bukunya juga harus diberikan pujian.
Post a comment