Novel-novel Cabul dari Indonesia Mula Muncul dalam Kedai Buku
Hati-hati!
Jika saudara ke kedai-kedai buku, saudara boleh lihat munculnya banyak novel-novel remaja dengan berbagai wajah. Novel-novel itu adalah novel terbitan Indonesia yang diterbitkan semula sebagai edisi Malaysia.
Ada yang berwajah 'novel remaja Islami'. Ada yang berwajah 'novel remaja thriller'.
Yang terbaru adalah novel-novel remaja yang mengandungi unsur-unsur cabul dan lucah.
Novel-novel Indonesia itu diMalaysiakan dengan mengubah perkataan-perkataan yang terlalu Indonesia, termasuk nama-mana watak, juga nama-nama tempat.
.
.
Jika saudara ke kedai-kedai buku, saudara boleh lihat munculnya banyak novel-novel remaja dengan berbagai wajah. Novel-novel itu adalah novel terbitan Indonesia yang diterbitkan semula sebagai edisi Malaysia.
Ada yang berwajah 'novel remaja Islami'. Ada yang berwajah 'novel remaja thriller'.
Yang terbaru adalah novel-novel remaja yang mengandungi unsur-unsur cabul dan lucah.
Novel-novel Indonesia itu diMalaysiakan dengan mengubah perkataan-perkataan yang terlalu Indonesia, termasuk nama-mana watak, juga nama-nama tempat.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya pernah terlihat buku-buku sebegitu di sebuah kedai buku indie di Kuantan. Setiap satunya nipis sahaja, tapi jumlahnya memenuhi rak!
Jenguk kandungan, nilainya nyata mengelirukan. Hatta yang berwajah novel remaja Islami.
——-
Saya hampir membeli buku tersebut kerana terpengaruh dengan ‘novel remaja Islami’ dan ‘novel remaja thriller’nya. Kualiti kulit bukunya pula tebal dan berwarna.
Namun saya meragui ketulusan hati penerbit dan penterjemahnya. Dari satu sudut, mungkin mereka akan untung besar.
Pn Sifu,
Sebagai penulis, kita sewajarnya berasa bimbang dengan fenomena negatif ini kerana objektif untuk memandaikan bangsa mungkin menjadi omongan kosong jika situasi itu makin berleluasa.
Jika tiada kawalan oleh pihak berkuasa, ia pasti menambah-parahkan moral remaja kita yang sememangnya telah memasuki `zon kronik` dengan pelbagai gejala negatif terutama membabitkan dadah.
Di Indonesia memang hampir tiada kawalan keatas buku dan majalah yang cabul sebegitu kerana mereka memang mengamalkan kebebasan termasuk kebebasan media.
Rasanya kita tentu masih ingat bahawa majalah playboy versi Indoneisa pernah diterbitkan sebelum ditentang habis-habisan oleh sebilangan warga mereka yang prihatin.
Namun, kalau suudara menjengah ke deretan kedai buku di Palasari, Bandung, lambakan majalah dan buku-buku `bobrok` ini merupakan pemandangan biasa serupa seperti melihat Pak Arab berpeluk dengan gadis-gadis montok Indon di lobi hotel.
keatas (SALAH) = ke atas (BETUL)
Salam Puan Sifu PTS,
Minta laluan untuk sdr Adnan, ayat terakhir:
Namun, kalau saudara menjengah ke deretan kedai buku di Palasari, Bandung, lambakan majalah dan buku-buku `bobrok` ini merupakan pemandangan biasa serupa seperti melihat Pak Arab berpeluk dengan gadis-gadis montok Indon di lobi hotel.
Menurut ceritanya, ramai Arab yang kahwin kontrak (mis-yar) di sana… menurut bapak-bapak kenalan di Bandung.
Kebetulan saya akan ke Bandung dalam 20 Ogos ini (bersama keluaga) untuk urusan, mahu juga menjenguk kedai-kedai buku di Palasari.
Wasalam.
Tuan Fudzail,
Di Bandung banyak hotel-hotel Islami. Di depan Institut Perguruan Bandung, banyak hotel-hotel yang sederhana, tidak sibuk, bersih, selesa, lanskap cantik, dan mesra tetamu. Sangat sesuai dengan yang datang bersama keluarga. Pak-pak Arab tidak suka hotel yang begitu.
Saudara Fudzail,
Banyak penerbit buku di Bandung malah penerbit Mizan yang berkerjasama dengan PTS pun berpusat di sebuah kawasan perumahan di sana.
Palasari yang saya maksudkan boleh dikatakan seperti pusat perbukuan seperti juga di pasar Suci di bandar itu yang banyak menjual buku-buku lama.
Namun jika mahu menjengah kedai buku Gramedia atau Mizan boleh berkunjung sahaja ke jalan Merdeka. Di sana juga terdapat beberapa penerbit buku yang sederhana besarnya.
Nota: Sewaktu saya ke Gramedia Bandung, saya tidak dapat menggunakan kad kredit, katanya line rosak, lebih baik bersedia dengan wang tunai.
Post a comment