Friday, December 10, 2010

Novel-Novel Pak Latip Talib Laku Keras di Indonesia

Dalam Facebook beliau, novelis sejarah paling popular di Malaysia, Tn. Abd. Latip Talib (foto) menulis posting di bawah ini:

"Setelah berada di Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat selama beberapa hari, petang ini pulang ke rumah dengan selamat. Alhamdulillah... Antara pengalaman menarik semasa berada di sana dapat melawat tempat kelahiran Pak Hamka, melihat keindahan Danau Maninjau dan alam semula jadi tanah Minangkabau serta melawat tempat bersejarah seperti Lubang Jepang, Istana Pagar Ruyung, Sangkar Besi. Yang paling tidak dapat dilupakan serta mengembirakan hati apabila melihat empat judul Novel Sejarah Islam yang dilesen penerbitannya di Jakarta ada dipamerkan di toko buku Anggerik di Bukit tinggi. “Novel ini sangat laris, pak,” kata peniaga buku itu yang tidak tahu sayalah penulisnya...."

Banyak sasterawan Malaysia keluh-kesah apabila karya Malaysia dikatakan tidak menembusi pasaran Indonesia. Banyak yang menuduh negara jiran itu sengaja menghalang kemasukan buku-buku Malaysia ke negara itu.

Tuduhan tersebut sama sekali tidak benar.Indonesia tidak menghalang kemasukan karya penulis Malaysia ke negara itu.

Cara yang betul mengeksport karya Malaysia ke Indonesia adalah dengan menggunakan prosedur pelesenan hak penerbitan, bukan dengan menghantar buku yang dicetak di Kuala Lumpur bulat-bulat ke kedai-kedai buku di Indonesia.

Inilah yang dilakukan oleh PTS bagi memasarkan SEMUA karya Pak Latip dalam siri sejarah Islam ke Indonesia.

NOTA: Pada saat entri ini ditulis PTS sudah berjaya mengeksport hampir 100 judul buku terbitannya ke Indonesia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Masa Hadapan Sastera Melayu Singapura Bergantung kepada Pembaca Malaysia? Previous entry: Novel Syariah-Compliant: Kreativiti Penulis Meningkat Apabila Kebebasan Mereka Disekat

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.