Novel Profesion dan Fenomena Guru Kerjaya Asal Kampung Mengajar Budak Kampung
Novel Meredah Samudra ini diterbitkan oleh PTS PROFESIONAL kerana novel ini memberikan gambaran sebenar tentang kerjaya dalam bidang perkapalan komersial.
Bermula di sebuah kampung persisiran pantai di Melaka, seorang remaja bertekad menjadi pelaut. Dibesarkan dalam keluarga nelayan pantai, Yaakob sangat mencintai laut, walau pun dia dan ayahnya nyaris maut dilanggar sebuah kapal dagang semasa memancing di perairan Selat Melaka.
Novel Guru Arkitek Bangsa menceritakan proses bagaimana watak utama dalam novel ini menjalani proses latihan di maktab perguruan dan kehidupan harian seorang guru.
Kita mahukan lebih banyak novel profesional seperti ini kerana novel-novel seperti ini dapat mendorong pembaca remaja memilih kerjaya yang mencabar. Ini lebih-lebih lagi benar bagi remaja Melayu yang datang daripada luar bandar di mana secara tradisionalnya mereka hanya mengetahui sedikit jenis kerjaya: guru, doktor, polis, askar, kerja kilang dan yang seperti itu.
Kita merancang novel-novel kerjaya PTS dapat dibekalkan kepada perpustakaan sekolah-sekolah menengah dan perpustakaan desa di mana ia dapat dibaca oleh remaja luar bandar.
Moga-moga Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan memilih siri novel kerjaya PTS ini supaya dibekalkan kepada perpustakaan desa di seluruh negara.
Dari sudut pendidikan kerjaya, amatlah kasihan keadaan remaja luar bandar disebabkan guru-guru kerjaya mereka pun tidak tahu banyak tentang begitu banyak jenis kerjaya dalam dunia teknologi hari ini.
Majoriti pelajar yang masuk maktab perguruan dan fakulti perguruan adalah berasal dari luar bandar. Dalam keluarga luar bandar mereka tidak mempunyai banyak anggota keluarga yang terdiri daripada golongan profesional pelbagai bidang. Jadi mereka tidak mempunyai maklumat kerjaya yang pelbagai.
Anak-anak daripada keluarga di mana ibu bapa mereka adalah orang kaya dan terpelajar, dan dilahirkan di bandar-bandar besar, mereka itu tidak berminat menjadi guru. Mereka mahu bekerja di bandar. Jadi, kita mempunyai fenomena anak-anak orang kampung menjadi guru kepada budak-budak kampung.
Saya pernah mengendalikan sesi motivasi di sebuah sekolah menengah luar bandar di Teluk Intan. Dalam sesi itu saya suruh para pelajar tingkatan 5 menulis jenis-jenis pekerjaan (saya tidak gunakan istilah 'profesion') yang mereka tahu. Tidak seorang pun yang menulis lebih daripada 12 jenis kerjaya!
Pekerjaan yang paling banyak disebut adalah guru, doktor, peguam, askar, dan polis.
Inilah faktor yang mendorong PTS menerbitkan novel-novel profesion supaya sambil membaca novel itu mereka mendapat gambaran detail tentang dunia dalam profesion berkaitan.
Walaupun novel profesional PTS diterbitkan demi memandaikan pelajar-pelajar kampung memilih kerjaya, namun novel-novel ini juga tetap laku dalam kedai-kedai buku di bandar-bandar.
Inilah foto Imran Yusuf. Klik blog rasmi MEREDAH SAMUDRA di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu-san;
Memiliki dan membaca kedua-dua novel ini telah memberi ilham kepada saya untuk menulis novel kerjaya yang berkaitan dengan ICT pula. Saya sudah bercakap dengan editor perolehan PTS Pro. mengenai perkara ini dan proposal mengenainya akan menyusul.
Semasa minum dengan editor (dia belanja) berhampiran bangunan PERKIM, saya ceritakan sang hero di suruh terjun daripada bangunan PERKIM gara-gara database rosak. Setelah dinaikkan pangkat (supaya dia dapat bertukar keluar), bos barunya meminta mayatnya dilangkah terlebih dahulu sebelum proposalnya diterima oleh bos. Ini adalah gara-gara proposalnya yang terlalu mengancam!.
Editor kata, hebat jadinya novel ini nanti. Apa kata sifu?.
p.s Pengajaran daripada stori: Naik pangkat kadangkala bukan sebab prestasi, tetapi kerana tidak disukai oleh bos.
.....................
NOTA SIFU: Tuan MBA-san, Tuan mempunyai bakat bercerita. Tulislah novel itu! Contoh format sinopsis sudah saya emelkan kepada Tuan. Hantar sinopsis kepada saya supaya saya baca dan berikan feedbacknya. Apabila sudah lulus sinopsis itu, bolehlah novel itu mula dituliskan.
Tuan MBA,
Satu cerita bersiri Jepun yang berkaitan dengan kerjaya ICT dan bisnes adalah Koi ni Ochitara
Klik klip video http://youtube.com/watch?v=GLYtgKDSzUE&feature=related
dan
http://youtube.com/watch?v=lVHjNfNwx18
Satu lagi kerjaya bidang doktor yang dari komik ke siri TV ialah Team Medical Dragon (semua siri dapat ditonton di YouTube)
————————————————————————————
ZAMRI MOHAMAD
Entri terkini di http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Puan, saya kerap turun ke sekolah lama untuk menjadi fasilitator dalam program motivasi. (Sebenarnya bukan mahir sangat. Sekadar menjadi sukarelawan). Saya dapati, meskipun pelajar di situ terdiri daripada kalangan pelajar yang pintar serta terdedah kepada teknologi dan maklumat serta terletak di tengah bandar pula. Namun, skop pekerjaan yang diketahui sangatlah terhad.
Mereka lebih cenderung memilih kerjaya yang berkaitan aliran yang diambil semasa SPM. Pelajar Biologi pastinya mahu menjadi doktor. Pilihan kerjaya berkaitan seperti dietetik, veterinar dan lain-lain hanya dipandang sepi. Pelajar kejuruteraan memilih menjadi jurutera dan pelajar akaun menjadi akauntan ataupun auditor.
Setiap kali memberi taklimat kerjaya, mereka hanya mendengar taklimat daripada para doktor / pelajar perubatan dan para jurutera. Jika taklimat berkenaan kerjaya lain seperti IT, undang-undang dan sebagainya, mereka hanya mendengar separuh hati.
Bagus juga diterbitkan buku-buku sebegini. Bukan sekadar anak kampung yang terbuka minda. Anak bandar juga perlu membuka skop mereka dengan lebih luas lagi.
Watak-watak dalam cerita Jepun sentiasa mempamerkan keseriusan dan kegarangan semangat.
Tuan Zamri,
Saya sangat suka dengan manga Team Medical Dragon. Ia adalah karya yang hebat dalam bidang perubatan. Pasukan pembedah jantung yang hebat.
Saya berikan karya tersebut satu pingat peribadi.
Post a comment