Novel Profesional: Menyalakan Mentol Motivasi dan Angan-angan
Kanak-kanak 6 tahun sudah pandai berangan-angan. Budak lelaki 6 tahun sudah mahu menjadi superman, sudah mahu menjadi askar, sudah mahu memandu kereta. Budak perempuan 6 tahun sudah ingin memakai kasut tumit tinggi, sudah mahu menjadi tuan puteri, sudah mahu menjadi penyanyi popular.
TV amat mempengaruhi angan-angan kanak-kanak, baik lelaki mahupun perempuan. Sayang sekali role-model yang ditampilkan dalam rancangan TV kanak-kanak dan remaja amat terbatas. Ini membatasi input angan-angan mereka.
Disebabkan ustaz dan ustazah tidak ditampilkan sebagai hero dalam program TV kanak-kanak, maka kanak-kanak tidak berangan-angan mahu menjadi ustaz dan ustazah.
Disebabkan tidak ada hero doktor pakar bius dalam rancangan TV kanak-kanak dan remaja, maka mereka tidak tahu akan profesion itu. Mereka hanya tahu 'doktor'.
Di sinilah pentingnya peranan buku cerita kanak-kanak dan remaja yang heronya terdiri daripada pelbagai ahli profesional.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

setuju sangat puan. Rancangan di tv untuk kanak-kanak juga banyak mempromosikan hiburan. Tak salahlah kalau jika ditanya kepada kanak-kanak mereka bercerita ingin menjadi seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, pengacara, ‘make-up artist’.
——-
Saya sangat setuju. Sekarang terlalu sangat hiburan dan tiada buku yang sesuai untuk kanak-kanak ke arah memberi hala tuju. Saya cadangkan agar guru-guru di Benut, Pontian, Johor berkerjasama dengan PTS di dalam projek penerbitan buku kanak-kanak.
Post a comment