Novel PTS Mencetuskan Angan-angan
Kajian pakar-pakar psikologi kejayaan (success psychology) mendapati individu-individu yang berjaya mempunyai banyak perbezaan dengan mereka yang kurang berjaya.
Salah satu perbezaan itu adalah jumlah angan-angan. Di dapati, individu-individu yang berjaya mempunyai lebih banyak angan-angan daripada mereka yang kurang berjaya.
Hasil kajian pakar-pakar psikologi itu membuktikan adalah salah apabila ibu bapa dan guru-guru tidak menggalakkan budak-budak memasang banyak angan-angan.
PTS akan menerbitkan novel-novel inspirasi dengan tujuan menyalakan mentol-mentol angan-angan budak-budak yang membaca novel-novel PTS.
Buku-buku PTS perlu memberikan maklumat pelbagai kerjaya supaya apabila budak-budak kampung membaca buku-buku itu, mereka timbul angan-angan mahu menjadi macam hero dalam cerita itu.
.
.
Salah satu perbezaan itu adalah jumlah angan-angan. Di dapati, individu-individu yang berjaya mempunyai lebih banyak angan-angan daripada mereka yang kurang berjaya.
Hasil kajian pakar-pakar psikologi itu membuktikan adalah salah apabila ibu bapa dan guru-guru tidak menggalakkan budak-budak memasang banyak angan-angan.
PTS akan menerbitkan novel-novel inspirasi dengan tujuan menyalakan mentol-mentol angan-angan budak-budak yang membaca novel-novel PTS.
Buku-buku PTS perlu memberikan maklumat pelbagai kerjaya supaya apabila budak-budak kampung membaca buku-buku itu, mereka timbul angan-angan mahu menjadi macam hero dalam cerita itu.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ketika saya mendengar Puan memperkatakan tentang hal ini pada kelas Ahad lalu, saya menjadi teruja dan tertarik. Memang benar, orang yang banyak angan-angan ialah orang yang tidak mudah mengalah dan kecewa dalam hidup kerana mereka mempunyai banyak perancangan dalam kepala dan perkara-perkara yang ingin dilakukan (biarpun belum dilaksanakan).
Tetapi, izinkan saya bertanya, apakah bezanya angan-angan dan impian? Pada pandangan saya, impian lebih besar dari angan-angan kerana orang yang berangan sekadar memasang angan-angan tanpa ada tindakan yang sewajarnya. Orang yang berimpian pula cuba memenuhi impian mereka dengan berusaha mencapainya.
Mohon dibetulkan andai saya salah.
Terima kasih.
Cikpuan, tidak kiralah apa maknanya, asalkan ada angan-angan dan impian, kira jadilah! Banyak orang takut hendak berangan-angan, sedangkan pasang angan-angan dan impian bukan kena duit pun!
——-
Salam Puan SifuPTS
Saya sudah membeli tiket untuk balik bercuti sebulan sepanjang Ogos ini dan kalau ada apa-apa bengkel, insyaAllah saya mahu menumpang belajar, sekurangnya menyalakan mentol dalam kepala saya untuk berangan-angan menulis buku.
Fudzail.
Nanti saya cuba aturkan bengkel yang sesuai dengan Tuan!
Saya berangan-angan untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah novel setahun. Tetapi oleh kerana manuskrip yang pertama itu entah bila akan diterbitkan saya macam patah semangat pula. Jadilah semangat belon, bila kena tiup ianya mengembang dan lama-lama kempis balik. (Nasib baiklah ada Puan Sifu dan lama web ini)
Menulis adalah kerja yang sukar, tetapi kesukaran yang paling perit ialah menanti apa yang kita tulis itu keluar menjadi buku dan menemui khalayak pembaca.
Angan-angan saya ialah, buat novel di bawah jenama PTS.
Hanya 1 angan-angan tidak betul, mesti banyak angan-angan!
Saya pun ada angan-angan. Penulis-penulis PTS ada buku dan CD 1/2 jam bicara disertakan dengan menyentuh tentang mana-mana topik dalam bukunya disertakan bersama hahaha!
Kalau ada training consultant ia sudah jadi bahan promosi yang tersebar sana-sini.
Inovasi angan-angan setelah membaca buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet oleh Sabri Hassan Assa’ari, Wan Mohd Syazwan Wan Sukri.
Yalah buku audio dan video luar negara mahal-mahal. Buat macam mereka sahaja, mungkin kualiti kurang sikit tetapi kira ole-ole hahaha.
:D
Saya suka berangan-angan kerana angan-angan itu manis.
sikit (SALAH) = sedikit (BETUL)
Oh tersilap.
Saya betulkan.
Yalah buku audio dan video luar negara mahal-mahal. Buat macam mereka sahaja, mungkin kualiti kurang sedikit tetapi kira ole-ole hahaha.
Angan-angan saya masih rahsia. Terlalu banyak!
Sdr Zamri Mohamad, audio dan video yang dikembarkan dengan buku dari luar negeri itu mahal kerana faktor-faktor yang boleh pengusaha tempatan ketepikan. Berapa sangat harga sekeping CD sekarang. Boleh buat, jangan kata susah. Saya ada 1001 cara untuk ehwal berkaitan produksi audio… hehehe..
Saya berangan-angan ingin membuatkan jk rowling menangis melihat karya saya kerana lebih gempak dari karya beliau. kalau tidak menangis pun mungkin dia akan pengsan.
Selepas noktah, gunakan huruf besar!
Salam Sifu,
Sebelum Sheikh Fulijami bertanya,
saya fikir baik saya bertanya dulu,
adakah angan-angan bagi berpoligami itu juga dianggap
sebagai ciri-ciri individu yang berjaya?
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Sdr Dingin,
“...Adakah angan-angan bagi berpoligami itu juga dianggap sebagai ciri-ciri individu yang berjaya?”
Seseorang yang berangan-angan berpoligami perlu ada ciri yang paling penting iaitu: seni politik rumah tangga dan ilmu psikologi sosial yang mendalam serta tahap kesabaran yang tinggi.
Betulkah Puan Sifu?
Urmm… tidak boleh cakap di sini!
Jangan risau sdr Dingin. Angan-angan itu yang akan mencipta tahap kesabaran yang tinggi itu.
sdr Dingin (SALAH) = Sdr. Dingin (BETUL)
Angan-angan sering dikaitkan dengan unsur negatif kerana adanya ungkapan ‘angan-angan Mat Jenin’. Tetapi berangan-angan adalah lebih mudah, santai dan tidak membebankan berbanding bercita-cita.
Saya setuju dengan cara mengambil jalan mudah (berangan-angan) dari jalan susah (bercita-cita) dalam menggalakkan orang kita berfikir besar.
Saya merupakan peminat novel karya Ramlee Awang Murshid.
Di dalam novelnya selalu digambarkan watak hero atau watak-watak utama yang lain seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Watak-watak itu digambarkan sebagai seorang yang rajin mengerjakan solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
Setiap kali membaca novel beliau, hati saya terasa ingin menjadi seperti watak-watak tersebut. Novel-novel beliau seolah-olah memberikan saya motivasi untuk menjadi insan yang lebih baik.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Saya baru berjinak-jinak di bidang penulisan. Saya berminat untuk berkarya dalam genre humor. Sekarang saya hampir menyiapkan manuskrip novel pertama saya. Target saya ialah pembaca remaja dan dewasa. Adakah saya boleh dapat bimbingan di Unika PTS ini? Adakah PTS ada menerbitkan buku dalam genre ini?
Terima kasih Puan Sifu.
Bagi menjadi mentee SifuPTS, syaratnya menghadiri kelas Sifu.
Post a comment