Wednesday, February 20, 2013

Novel Remaja Memerlukan UX Baru dan Fresh

Mengapakah strategi menulis novel secara ikut-ikutan bukan strategi yang terbaik?

Kerana faktor 'user experience' atau singkatannya UX.

Apa jua produk wajib memberikan UX yang baru, yang fresh, yang menggembirakan.

Isu UX adalah isu yang kritikal. Ini isu yang do-or-die.

Dalam bisnes penerbitan novel remaja pun isu UX sangat mempengaruhi jualan.

Semasa PTS mula-mula menerbitkan novel remaja ala kisah budak sekolah gedik-gedik, jualan meletup-letup, maklumlah UX masih sangat baru, sangat fresh. Belum pernah mereka membaca novel remaja macam novel-novel PTS.

Kemudian, banyaklah penulis menghasilkan manuskrip ala-ala novel remaja PTS, lalu diterbitkan oleh banyak penerbit lain.

Semua penulis itu memberikan UX yang serupa dengan UX dalam novel-novel PTS, lalu tidaklah ada UX yang baru, lalu jualan novel remaja merudum.

Sudah 5 tahun pasaran novel remaja tidak menawarkan UX baru. Pasaran ini melambak dengan novel remaja komoditi.

Penulis ikut-ikutan tidak mencipta UX baru.

Novel-novel AinMaisarah bertahan disebabkan promosi yang dilakukan oleh Blink Book yang konsisten dan terus bertalu-talu.....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: TOP 10 Penulis PTS Previous entry: TOP 200 Bagi Jualan Oktober 2012

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.