Saturday, May 06, 2006

Novel Remaja: Persepakatan antara PTS dan KarnaDia

Salah satu hasil pertemuan penerbit indie lalu, PTS dan KarnaDia sepakat akan bekerjasama menerbitkan lebih banyak novel remaja dengan menggunakan saiz dan rupa wajah yang diselaraskan.


KarnaDia bersetuju akan mefokuskan program penerbitannya pada novel remaja, bukan novel cinta. Matlamat persetujuan ini adalah bagi menerokai pasaran baru yang amat menjanjikan ini dengan lebih agresif dan berkesan.


Dengan strategi persepakatan ini, diyakini PTS dan KarnaDia, secara bersama-sama, dapat menambah jumlah judul novel remaja dengan lebih cepat supaya novel-novel itu dapat meyakinkan pekedai bagi menyediakan rak khas.


Persamaan ukuran dan saiz novel-novel terbitan PTS dan KarnaDia adalah amat penting bagi memastikan petugas di kedai-kedai buku akan meletakkan novel-novel remaja itu dipamerkan di rak yang sama.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Posisi Pengarang Omnipotent: Prinsip Surah Yusuf Previous entry: Mengapa Novel Remaja PTS Belum Nampak Gah
Aina Emir  on  05/05  at  09:11 AM

InsyaAllah.  Pihak KarnaDya sedang bersiap sedia untuk menerbitkan novel-novel remaja dalam sedikit masa lagi.  InsyaAllah, sekitar bulan Jun ini akan ada penerbitan pertama kami.

Terima kasih kepada pihak PTS kerana telah banyak membantu.  Kami di KarnaDya menganggap PTS sebagai anak sulung yang sudah matang.  Kami adalah anak bongsu yang baru bertatih-tatih.

Puan Ainon,
Pastinya selepas ini, kita akan uruskan hal promosi secara lebih agresif, ya?  Kita akan mengajak remaja kita untuk membaca.  Targetnya… ialah ibubapa! Kerana ongkosnya datang dari situ!
——-

jOnOs  on  05/05  at  06:57 PM

TAHNIAH!TAHNIAH!
selamat berjaya…

Perkasa Alam - Satu Kesinambungan  on  05/07  at  12:58 PM

Tahniah diatas kerjasama yang PTS dn KarnaDya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: