Sunday, May 06, 2007

Novel Remaja: Ramalan Masa Depan - Bakat Lawan Bakat

Saya memerhatikan dengan teliti tingkah laku pembeli perempuan remaja di meja novel-novel remaja PTS ONE. Kita meramalkan, pada masa depan persaingan sengit akan berlaku dalam sektor novel remaja disebabkan banyaknya penerbit yang akan masuk sektor ini bagi mengambil kesempatan daripada perkembangan yang sedang berlaku.

Dalam persaingan yang semakin rancak dan meriah ini, kita meramalkan semua penerbit dapat mencari banyak penulis baru kerana menulis novel remaja memerlukan bakat yang serupa dengan menulis novel pop.

Banyak penulis novel pop akan terjun ke dalam sektor ini dengan menggunakan nama samaran kerana didorong oleh dua faktor: (a) mudah bagi mereka melakukannya, dan (b) kejatuhan sektor novel cinta.

Justeru bekalan manuskrip tidak akan menjadi isu kritikal dalam sektor ini. Malah ada tanda-tanda sesetengah penerbit agama sudah menerima lambakan manuskrip novel remaja!

Isu desain kulit buku dan layout juga tidak akan menjadi isu kritikal disebabkan dua isu ini amat mudah diduplikat. Banyak desainer dalam pasaran yang dapat menghasilkan desain-desain ala-ala buku PTS.

Isu remaja membeli buku disebabkan kulitnya cantik tidak akan menjadi formula kejayaan lagi sebab semua buku novel remaja akan sama cantiknya. Fenomena ini telah berlaku dalam sektor novel cinta. Kulit novel cinta sudah tidak memainkan peranan faktor pemenang lagi, sebaliknya ia sudah menjadi komoditi. Pelukis yang sama melukis untuk semua penerbit yang menawarkan bayaran yang sanggup diterimanya.

Ini membawa kita kepada isu jikalau semua faktor serupa, maka "Di manakah persaingan sengit akan berlaku?" Jawabnya: Pada bakat penulis!

Isunya sekarang, di manakah penerbit novel remaja dapat mencari bakat yang seumpama "Siti" dan "Mawi" sektor buku remaja, yang buku-bukunya menjadi rebutan dan kegilaan peminatnya. Dalam perkataan yang lebih mudah, di manakah dapat dicari JK Rowling novel remaja Melayu, yang namanya dapat menjadi brand.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Remaja
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Musim Novel Remaja Perempuan Previous entry: Pesta Buku: Desain Kulit oleh Designer Jakarta

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: