Ini Dia Inovator Dunia Pengurusan dan Pemasaran Novel Remaja Berbahasa Melayu: Tn. Syaizul Amal
Nama Tuan Syaizul Amal (foto) dikenali ramai dalam dunia bisnes mobile-content. Beliau adalah pengasas syarikat Metadome Sdn. Bhd. penjual mobile-content No.1 di Malaysia.
Sebanyak 100 judul buku PTS dapat dibeli dan dibaca menggunakan telefon HP kerana buku-buku itu dijual sebagai mobile content oleh Metadome.
Dalam industri penerbitan buku Melayu, Tn. Syaizul Amal adalah usahawan pertama yang memulakan kerjaya sebagai pengurus profesional kepada penulis.
Klien beliau yang pertama adalah Puan Ain Maisarah, novel remaja PTS yang paling ngetop. Klien beliau yang kedua adalah Izanor, salah seorang penulis bersama AinMaisarah.
Yuran yang beliau terima daripada kliennya adalah 10% daripada billing (pendapatan) klien.
Sebelum ini, di negara kita, hanya artis dan ahli sukan sahaja yang menggunakan khidmat pengurus profesional. Walau bagaimanapun, di negara-negara maju, seperti para artis, para penulis juga menggunakan perkhidmatan pengurus profesional.
Bidang pengurusan penulis adalah suatu Laut Biru. Belum ada pemain dalam laut ini. Sesiapa yang memulakannya berpeluang menjadi dominan dalam sektor ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment