Novel Sejarah Islam Abdul Latip Talip di Jakarta
Blogger Tuan Jiwa Rasa baru-baru ini ke Jakarta dan sempat ke gedung buku Gramedia di kompleks membeli-belah Sarinah yang terkenal itu.
Beliau merakamkan foto ini yang menunjukkan novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talip terbitan PTS, yang dilesen dan diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia, dipamerkan dalam kedai buku Gramedia itu.
Banyak penulis Malaysia mengeluh apabila karya sastera terbitan Malaysia tidak dipasarkan ke Indonesia. Malah karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekalipun tidak dapat menembusi pasaran Indonesia.
Sebenarnya, cara memasarkan karya Malaysia ke Indonesia adalah melalui proses jual-beli hak penerbitan sesebuah karya itu antara penerbit di Malaysia dengan rakan penerbit di Indonesia. Bukan dengan menghantar buku-buku yang diterbitkan dan dicetak di Malaysia ke kedai-kedai buku di Indonesia.
Sehingga saat ini hampir 100 judul terbitan PTS sudah diterjemahkan, diterbitkan, dicetak dan dijual di Indonesia sebagai edisi Bahasa Indonesia.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Hebat.
Satu contoh penyelesaian masalah menggunakan Occam’s Razor.
http://en.wikipedia.org/wiki/Occam’s_razor
Puan,
Saya amat kagum dengan buku-buku dari Malaysia terutama dari Pak Latip terbitan pts yang telah saya baca banyak sekali.
Jika dibilang masyarakat Indonesia sudah banyak memiliki dan terima buku bacaan dari penerbit PTS yang ulung. Justru dari beberapa indikator yang ada mencapai miliaran rupiah.
Saya rasa yg diperlukan IKAPI disini adalah: penerbitan buku2 berkualitas nomer wahid, sehingga org tidak perlu jauh2 untuk ke Malaysia atau Singapura hanya berbelanja buku di tokobuku yg super duper lengkap di sana.
Buku kanak-kanak dan remaja adalah paling tinggi mencapai best saler. Tempoh bulan lalu saya dan isteri telah berkuncung di Malaysia dan terjumpa buku-buku menarik yang kiranya amat sesuai untuk pembaca Indonesia yang ghairah dengan buku begini.
Sampernya Buku Janji Puteri Beradu, Isteri saya amat kagum dengan gambarnya lalu dibelinya beberapa buah untuk anak pingit kami. Ia tidak memungkiri dalam konsumi buku kulit luar kerana amat menarik isi dan ceritanya hingga tidak lepas dibaca oleh isteri dan saya sendiri. Namun kerana ada bahasa kita yang sedikit berbeda adalah juga kepayahan kami. Amat baik sekali buku ini atau buku remaja lain yang adventer begini diterbitkan dalam bahasa Indonesia. Ia pasti bestsaler.
Boleh saya tanya buku lain dari penulis ini. Saya layari untuk klik bisa mengakses buku pts tetapi saya lihati hanya satu sahaja.
Ilyas Tajre
Post a comment