Friday, April 23, 2010

Komitmen PTS kepada Genre Novel Sejarah

Novel "Aminah" karya Ezee Rahmani adalah novel sejarah Islam terbaru terbitan PTS.

Novel-novel sejarah adalah jenis buku yang evergreen hayatnya dalam pasaran. Judul-judul evergreen dapat terus laku selama berpuluh tahun disebabkan maklumat di dalamnya tidak akan menjadi out-of-date ataupun ketinggalan zaman.

Peranan judul-judul evergreen sangat penting ke atas survival penerbit. Semakin banyak penerbit mempunyai judul evergreen, semakin tinggi daya-survivalnya.

Peminat buku-buku sejarah memang ada. Pasaran buku sejarah di negara ini tidaklah sangat besar, tetapi cukup bagi membolehkan buku-buku sejarah dicetak 2 ribu naskhah setiap tahun. Kelebihan menerbitkan buku sejarah adalah pada ciri evergreennya.

Novel-novel sejarah yang berkaitan Islam mempunyai jumlah peminat yang lebih besar, oleh itu cetakan pertama 3 ribu naskhah masih selamat dan dapat dihabiskan stoknya dalam tempoh setahun.

Sebelum PTS menerbitkan novel-novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib, buku-buku sejarah itu ditulis oleh ustaz-ustaz menggunakan gaya tradisional. Akibatnya remaja dan orang awam tidak berminat membaca kitab-kitab sirah itu.

Keadaan berubah dengan kemunculan novel-novel sejarah karya sasterawan Abdul Latip Talip. Karya beliau diminati oleh semua golongan usia.

PTS komited menerbitkan lebih banyak novel sejarah, baik sejarah Islam, sejarah tempatan, mahupun sejarah dunia.

Novel-novel sejarah terbitan PTS ditulis dengan menggunakan "teori dan teknik surah Yusuf". Inilah faktor utama yang menjadikan novel-novel itu sedap dibaca, seperti membaca buku-buku cerita yang mengasyikkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Peluang Memulakan Bisnes Pakaian dengan Modal RM500 Previous entry: PTS Mencari Pelukis Komik untuk Projek Komik Pendidikan
Web Sutera  on  04/23  at  12:20 PM

Alhamdulillah. Semakin meriah dunia penulisan novel sejarah di Malaysia. Perbandingan ringkas saya antara novel sejarah dan buku sejarah di sini: http://pasalbuku.blogspot.com/2010/04/umar-al-khattab-pembunuh-dan-peminum.html

ez  on  04/23  at  04:21 PM

Puan Sifu yang diingati selalu,
Terima kasih di atas sokongan dan tunjuk ajar selama ini. Semasa menjadi tetamu-Nya, tidak lupa saya perpanjangkan titipan doa Puan.

Pantun untuk Puan,
Anak-anak batu menghujani Jamrah,
Tanda akur perintah Allah,
Doa Puan disampai sudah,
Semoga segalanya dipermudah.

Zahiruddin Zabidi  on  04/23  at  10:12 PM

Insya-Allah, nantikan buah tangan saya, Novel Sejarah Srikandi Islam keluaran PTS Litera. Terima kasih Puan Guru atas tunjuk ajarnya. Sehingga cita-cita saya menjadi seortang penulis terrealisasi dengan menjadi salah seorang penulis PTS, alhamdulillah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  11:40 PM

Salam Puan..

Genre novel sejarah tidak tertumpu kepada kandungan islamiah semata-mata. Susur galur sejarah kebudayaan Melayu yang pelbagai dan juga adat resam nenek moyang kita semakin terpinggir. Inilah masanya kita mengangkat kembali martabat sejarah adat resam Melayu yang mencakupi pelbagai resamnya. Olahan dan gaya bahasa serta watak tidak lari daripada landasan sejarah agar ia segar menjadi kandungan bahan bacaan yang akan diminati ramai

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: