Thursday, December 15, 2005

Novel “Self-Publish” Jatuh Mutu

Sejak akhir-akhir ini semakin bertambah jumlah penulis novel-novel cinta yang selama ini menerbitkan karya mereka dengan Alaf21 dan Creative yang mengambil langkah menerbitkan sendiri novel terbaru mereka.



Salah seorang daripada mereka memberitahu mengapa beliau mengambil langkah menerbitkan karyanya sendiri. Menurut novelis itu, beliau mahukan 'kepuasan' menerbitkan karyanya sebagaimana yang ditulisnya, tanpa diedit oleh penerbit.



Menurut novelis itu lagi, beberapa editing yang dilakukan oleh penerbit amat tidak disetujuinya, tetapi beliau terpaksa mengalah. Faktor itulah yang mendorong beliau mencari kepuasan dengan menerbitkan sendiri novel cintanya yang terbaru.



Inilah maklumat yang kita peroleh daripada pengedar novel terbesar: Beliau menerima komplen daripada agen dan pembeli tentang novel-novel yang terbit dengan cara self-publish itu, bahawa kualiti novel-novel itu merosot dibandingkan dengan novel-novel pengarang yang sama yang diterbitkan oleh Alaf21 ataupun Creative.



Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan kualiti itu adalah banyak kesalahan ejaan, banyak kesalahan tatabahasa, cerita kurang menarik dan kulit kurang cantik.



Seorang peminat kepada salah seorang novelis cinta itu berkata, “Macam novel itu bukan karyanya. Bahasanya lain sangat. Bila bahasanya tak sedap, ceritanya pun jadi kurang sedap dibaca.”



Nampaknya fenomena novelis cinta meninggalkan penerbit dan menjadi penulis self-publish menimbulkan kesan sama-sama rugi bagi penerbit mahupun penulis.



Dari sudut bisnes, penerbit tentu kecewa apabila penulis yang mereka bimbing sehingga menjadi terkenal dan kaya tiba-tiba mengambil tindakan menerbitkan sendiri karya baru mereka. Ambil kes di mana penerbit baru 3 bulan menerbitkan karya terbaru seorang novelisnya yang terkenal. Tiba-tiba novelis itu menerbitkan sendiri novelnya yang lebih terbaru. Pada pandangan penerbit itu, berilah peluang novel yang diterbikan oleh penerbit itu habis terjual di pasaran, barulah kemudian si novelis menerbitkan novel barunya, supaya kedua-dua novel itu tidak bersaing sama sendiri dalam pasaran.



Namun, dari kacamata penulis, tentu sekali mereka jauh hati apabila penerbit terlalu banyak menekan penulis supaya menerima sahaja apa jua bentuk editing yang dilakukan oleh penerbit.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Catatan Kongres Kepentingan Bangsa Previous entry: Unsur Khurafat Tidak Diterima dalam Sastera Islam
abdullahjones  on  12/15  at  06:08 PM

setuju.
——-

ibnurabi  on  12/16  at  09:23 AM

Penulis tidak mampu melakukan semua kerja, tulis,edit,reka kulit buku. Sepatutnya kerja yang di luar bidangnya diamanahkan kepada mereka yang lebih arif. Hakikat ini sepatutnya ada pada setiap orang. Menulis buku utk dijual adalah menulis utk orang lain, bukan utk diri sendiri. Pembaca akan menilai buku tersebut.

Latifah  on  12/21  at  02:59 AM

Setuju.  Tapi itu tidak bermakna hanya Penerbit besar sahaja yang boleh terbitkan buku yang baik.  Kadang-kadang bila sudah terlalu besar, mereka terlalu komersial dan terlalu pentingkan wang, tanpa ambil kira nilai-nilai yang baik dalam jalan cerita.  Tidak salah untuk terbitkan sendiri, asalkan cerita mereka ditapis dan diedit oleh orang lain.  Zaman sekarang, ramai pereka dan editor profesional di luar sana, yang lebih banyak ilmunya daripada editor-editor yang ada di syarikat penerbit yang besar.  Tidak semua buku yg diterbitkan oleh penerbit terkemuka mempunyai kualiti yang tinggi.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.