Thursday, December 09, 2010

Novel Syariah-Compliant: Kreativiti Penulis Meningkat Apabila Kebebasan Mereka Disekat

PTS mempunyai dasar editorial yang ketat berkenaan gaya bahasa dan bahan mentah cerita.

(i) Buku-buku PTS hanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), dan

(ii) Isi kandungan buku-buku PTS dikehendaki supaya mematuhi hukum-hakam syariah.

Banyak pihak berasa PTS terlalu menyekat dan menekan kebebasan dan sekaligus menyekat proses kreativiti penulis-penulisnya.

Namun sekatan dan tekanan mempunyai peranan dalam meningkatkan kreativiti. Ia umpama memerah santan. Kelapa parut hanya mengeluarkan santan apabila dikenakan tekanan.

Disebabkan PTS tidak menerima bahan mentah yang menceritakan kisah-kisah negatif dan bobrok dalam masyakarat, maka hal itu memaksa penulis-penulisnya menggunakan kreativiti mereka bagi mencari bahan-bahan positif dan membina sebagai bahan cerita.

Novel genre popular "Namaku Bedah" karya Ikmal Shah adalah contoh cerita kejayaan seorang gadis biasa-biasa yang bernama "Bedah binti Bedul".

Sinopsis novel ini: Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah. Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Bagaimana aku akan mendaftar di kolej dengan nama itu? Gadis secantik aku bernama Bedah! Tidak padan, bukan? Dengan nekad, aku menggunakan nama baru di kolej. Namun, langit tidak selalu cerah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Hakikatnya, namaku tetap... BEDAH!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel-Novel Pak Latip Talib Laku Keras di Indonesia Previous entry: Jawatan Kosong

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.