Thursday, May 20, 2010

Novel Tauhid

Menggunakan wacana kreatif bagi menyampaikan pengalaman dan pencarian Tuhan serta pemikiran-pemikiran ketuhanan adalah sesuatu yang ada presedennya dalam Quran.

Salah satu kisah panjang berkenaan pencarian Tuhan yang terdapat dalam Quran adalah kisah bagaimana Nabi Ibrahim mencari-cari Tuhannya.

Berdasarkan sunah Quran itu, PTS Islamika kini sedang mencari lebih banyak penulis novel yang berminat melahirkan genre novel tauhid.

Bagi menghasilkan genre ini, seseorang itu tidak perlu menjadi ustaz ataupun ustazah. Cukup dengan sudah banyak membaca buku-buku tentang Tuhan dan mempunyai kefahaman berkenaan prinsip-prinsip utama dalam tauhid.

Novel tauhid bukan kitab tauhid. Kedua-duanya mempunyai target pembaca yang berbeza dan fungsi yang berbeza, meskipun tujuannya serupa.

Kitab-kitab tauhid, ditulis oleh ustaz-ustaz, dan dibaca oleh individu yang sudah percaya bahawa Tuhan itu ada, dan dia mahu mendalami lagi pengetahuannya serta imannya tentang Tuhan.

Novel-novel Tauhid dibaca oleh individu-individu yang masih samar-samar berkenaan persoalan asas, seperti apakah Tuhan ada dan mengapa berlainan agama mempunyai konsep-konsep yang berbeza tentang Tuhan. Justeru ia sesuai dibaca oleh para remaja dan orang bukan Islam yang ingin tahu tentang Tuhan dalam Islam.

Dua kelompok utama yang menjadi target novel tauhid adalah (i) pembaca muda dan (ii) mereka yang berminat mahu mendekati kehidupan bertuhan tetapi belum betul-betul yakin.

Tuan dan puan yang berminat menulis novel tauhid, mohon hubungi editor kreatif di PTS Islamika, Tuan Ahmad Zahiruddin Mohd. Zabidi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat: Nama-Nama Watak dalam Novel PTS Previous entry: SABTU 22 Mei: MPH Midvalley Kuala Lumpur

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.