Tuesday, August 24, 2010

Faktor Ketebalan Mempengaruhi Jualan Novel

Data jualan buku-buku PTS menunjukkan novel-novel yang kurang daripada 400 halaman sangat lambat jualannya, banyak di-return semula oleh kedai-kedai buku. Ini berlaku meskipun cerita dan gaya bahasa novel-novel itu bermutu tinggi.

Situasi ini berlaku bagi semua kategori novel, baik novel cinta, novel fantasi, novel sai-fai, mahupun novel terjemahan dari Indonesia.

Malah, novel-novel nipis gagal habis dijual dalam tempoh satu tahun. Tempoh ini sangat jauh daripada purata turn-over buku-buku PTS yang habis terjual dalam tempoh 5.8 bulan sahaja.

Feedback yang kita terima dari peminat buku-buku PTS mendapati, pembeli tidak suka membeli novel nipis disebabkan mereka "tidak puas" membacanya.

Meskipun novel tebal lebih mahal, tetapi disebabkan daya beli peminat novel sudah semakin tinggi, mereka mampu membeli novel-novel yang berharga lebih RM20.

NOTA: Foto di bawah adalah contoh novel nipis yang di-return oleh kedai.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Menulis Emel kepada Penerbit Previous entry: Penulis Lelaki Menghasilkan 'Novel Gedik' untuk Remaja Perempuan
Suri Mawarne Kaidar  on  08/25  at  02:55 AM

Puan, berapa halaman buku yang dikategorikan sebagai nipis?

............

Cikpuan, untuk pembaca 16 tahun ke atas, kurang daripada 350 halaman adalah ‘nipis’.

Web Sutera  on  08/26  at  03:31 PM

Memang benar. Sebagai contoh fiksyen fantasi Syaakur walaupun amat bagus, tetapi terlalu nipis. Komen saya di sini: http://pasalbuku.blogspot.com/2010/07/syaakur-pejuang-dua-alam-desain-dan.html

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.