Tuesday, January 19, 2010

Novel ‘Umar Abdul Aziz’ akan Terbit….

Nama Abdul Latip Talib adalah nama novelis genre dewasa PTS yang paling ngetop jualan buku-bukunya.

Meskipun novel-novel beliau ditulis untuk bacaan dewasa tetapi PTS mendapat laporan bahawa kanak-kanak juga sangat menyukai novel-novel beliau.

Populariti novel-novel Tn. Abdul Latip Talib dalam pasaran menyebabkan cetakan pertama novel beliau kini dinaikkan kepada 5 ribu naskhah. 

Barangkali beliau adalah sasterawan pertama di negara ini yang karyanya dapat menembusi, dan sangat dimahukan oleh, kedai-kedai buku agama tradisonal di seluruh negara.

Saya terkenang kali pertama saya berdiskusi dengan beliau. Waktu itu PTS masih beroperasi di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Saya menerangkan kepada beliau tentang ciri-ciri novel bagaimana yang saya mahu supaya beliau tuliskan untuk PTS.  Saya mahu meletakkan 'positioning' beliau sebagai novelis sejarah Islam.

Dalam pertemuan itu saya juga sempat bertanya, adakah beliau masih menerima royalti daripada karya-karya beliau yang sudah pernah diterbitkan. Beliau memberitahu, tidak.

Semasa saya mengusulkan kepada beliau supaya menuliskan novel-novelnya menggunakan teknik surah Yusuf, beliau juga mudah bersetuju, padahal waktu itu beliau seorang penulis yang sudah mapan, dan sudah banyak kali memenangi peraduan dan menerima pelbagai anugerah.

Pengalaman berdiskusi dengan beliau menunjukkan Tn. Abdul Latip Talib seorang yang sangat mudah dibawa berunding (dalam erti kata, waktu itu beliau setuju sahaja dengan idea-idea saya sebagai bakal penerbitnya). Malah sehingga sekarang pun beliau tetap menunjukkan sikap yang konsisten. Ini saya dapati daripada laporan-laporan yang saya terima daripada pegawai-pegawai PTS yang berurusan dengan beliau.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ilham Hamdani Memenangi Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia - (kategori antologi cerpen) Previous entry: Memperkenalkan Tim Editor Sastera di PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Imran Yusuf  on  01/19  at  12:39 PM

Syabas Pak Latip!
Tahniah PTS..!!

Rafidah  on  01/19  at  02:01 PM

Sememangnya Pak Latip seorang penulis yang sangat saya kagumi.

Tahniah Pak Latip!Tahniah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/21  at  06:19 PM

Saya mula meminati membaca novel2 sejarah Islam setelah memiliki buku karya karen armstrong yang bertajuk ‘Muhammad: a biography of a prophet”..ketika saya pulang bercuti saya tertarik untuk membeli novel karya tn.abdul latif yang bertajuk ‘umar al khattab’ yang memang menyentuh perasaan..saya rasa kagum ke atas pengorbanan yang dibuat oleh saidina umar r.a untuk Islam..kini,buku itu telah saya hadiahkan kepada ibu saudara saya..selain itu,saya juga memiliki buku tulisan beliau yang bertajuk ‘uthman ibn affan’ yang juga merupakan novel yang bagus dan dapat memberikan pengajaran..

Abdul Latip  on  01/21  at  09:12 PM

Tuan Imran Yusuf
Terima kasih smile

Puan Rafidah
Terima kasih. Alhamdulillah.

Cikpuan Intan
Terima kasih kerana sudah terpikat dengan novel sejarah Islam. Selain Umar al Khattab dan Uthman Affan ada sebelas buah lagi. Yang terbaru Imam Syafie. Sudilah membacanya.

Riduan Khairi  on  01/23  at  10:42 PM

Salam Sifu yang dihormati,

Syukur dan tahniah kepada Pts dan Pak Latip.

Puan, sebelum ini saya pernah mendengar keluhan Pak Latip (mungkin dalam blog atau facebook) tentang kesukaran beliau mendapatkan bahan rujukan tentang tokoh-tokoh Islam.

Baru-baru ini saya sempat menyelak sebuah buku yang menceritakan tentang biografi tokoh-tokoh Islam. Dari zaman sahabat, tabien dan tabi’ tabien. Dan saya yakin, buku ini punya autentik.

Yang saya maksudkan ialah ‘Siyar ‘Alam an-Nubala’ tulisan Imam Az-Zahabi anak murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Ia sudah diterjemahkan oleh Pustaka Azzam dari Indonesia.

Semoga maklumat ini membantu. Wasalam.

Abdul Latip  on  01/24  at  07:35 AM

Terima kasih tuan Riduan Khairi. Nanti saya dapatkan buku tersebut.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: