Novel Underground PTS
![]()
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Sebuah Novel Underground PTS yang sudah semestinya anda miliki.
Sebuah Novel Underground yang diterbitkan buat julung-julung kalinya oleh PTS yang sudah semestinya anda perlu miliki!
Penampilan khas bas Len Seng dan bas mini yang pernah menjadi wajah wajib muncul di Kuala Lumpur.
Apabila baca berkali-kali, makin galak memori saya di Kuala Lumpur yang dulunya berjiran akrab sama setinggan pelbagai wajah dari setinggan sekitar Jalan Tun Razak, kini sudah rata jadi sebahagian Institut Jantung Negara, ke setinggan Wangsa Maju, ya! bisa lihat hutan lagi sehingga awal 1990-an.
Jaya Jusco Alpha Angle pula seperti kompleks membeli belah di tengah hutan ketika baru dibuka.
Sanggup berdiri dalam bas Len Seng dari bulatan Pahang kerana mahu rasa ketakjuban taman temanya. Sekarang, apabila dilihat semula, aduhai kecil sahaja taman temanya.
Meskipun saya membaca dengan kaca mata period berbeza (1980an), sedangkan period Stingarden berlaku lebih awal lagi, tetapi latarnya mengenai Kuala Lumpur hampir serupa! Period di mana Kuala Lumpur tidak gopoh pesat membangun seperti sekarang.
Stingarden merenjatkan neuro memori saya kepada kenangan lama.
Ketika mana Kentucky Friend Chicken di Kuala Lumpur adalah KFC yang mempunyai staf yang melayan pelanggan, berpinggan kaca, bersudu garpu besi, makanan dihantar ke meja pelanggan.
Di KFC kompleks PERTAMA, orang beratur panjang untuk dapat tempat duduk di dalam restoran. Si gadis menjaga pintu utama, sama seperti staf Pizza Hut di Mid Valley hari ini.
Ketika itu orang perempuan berbondong-bondong datang berkumpul di depan SOGO setengah jam awal sambil melihat jam dunia di atas pintu utama.
Tepat jam 10 mereka berasak-asak masuk ke SOGO seolah-olah SOGO sudah mahu berhenti beroperasi.
Kuala Lumpur punya kompleks membeli belah terhebat sekitar 1980an iaitu Keramat Supermarket dan Batu Road Supermarket.
Peniaga Melayu membuka kedai berbumbungkan kanvas. Dari Keramat Supermarket sehingga simpang ke Dataran Merdeka mereka berniaga dari jam 8.30 pagi hingga 12 malam. Bayangkan kaki jalan kiri dan kanan dipenuhi peniaga-peniaga Melayu.
Ya, di situlah saya membeli kaset ND Lala dan radio termahal berharga RM50 daripada pekedai jalanan yang mempunyai lot niaganya di depan Hankyu Jaya.
Tuan Naga, saya tunggu Stingarden (2) The Rising of the Fallen.
Inilah novel underground yang punya kegilaan sendiri!
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Nampaknya Tuan Sinaganaga sudah boleh pulang ke Malaysia.
Salam.
Teringat bas 2 tingkat Sri Jaya yang lalu di depan Jalan Tuanku Abdul Rahman, serta kemeriahan setiap kali mahu menyambut Syawal di gedung membeli-belah Globe Silk Store.
Saya juga terkenangkan keenakan kebab yang ada di depan pasaraya (kini Kamdar).
Jauh juga perjalanan usia rupanya.
mengapa ianya digelar NOVEL UNDERGROUND?
dimana saya boleh dapatkan novel ini
Post a comment