Novelis PTS Menitiskan Air Mata Menerima RM50,000-00 daripada Pembelian PNM
Ini maklumat terbaru yang Sifu terima.
Para penulis yang bukunya dibeli secara langsung oleh PNM sudah mula menerima pembayaran.
Seorang novelis PTS memberitahu Sifu bahawa beliau baru sahaja mengesat air matanya melihat jumlah RM50 ribu yang diterimanya daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebab beliau tidak pernah menerima bayaran sebanyak itu. Lalu beliau berkata, dengan wang itu dapatlah beliau membawa isterinya pergi umrah.
Lalu Sifu pun berkata kepada beliau, "Syukur! Syukur! Buku-buku tuan dengan PTS tidak menang apa-apa anugerah dan hadiah, tetapi Allah beri rezeki wang yang tidak disangka-sangka jumlahnya."
Segala pujian bagi Allah yang maha pemurah kepada hambanya - Sang Novelis itu - seorang yang sangat sabar, tekun, sentiasa bersangka baik, dan sangat kooperatif kepada editor yang menguruskan karya-karya beliau.
Nota: Mata Sifu pun basah juga... sebab Sifu terkenang beberapa tahun yang lalu, sewaktu Sang Novelis itu mula menulis novel pertamanya buat PTS, beliau masih menggunakan PC buruknya, dan beliau bercerita bahawa beliau sangat teringin hendak membeli laptop, tetapi masih belum mampu, sebab pada waktu itu laptop paling murah masih sekitar RM3,800-00, dan beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Tahniah kepada PTS, dan juga tahniah kepada novelis berkenaan.
Salam sejahtera,
Saya ucapkan tahniah. Tahniah untuk penulis dan tahniah untuk PTS.
Allah lebih mengetahui bagaimana mahu memberi ‘hadiah’ kepada mereka yang benar-benar ikhlas dengan apa yang mereka lakukan.
Tahniah kepada penulis berkenaan. Tersentuh hati apabila membaca kisah PC penulis ini dahulu. Kisah laptop dan penulis-penulis PTS adalah struggle yang akan saya abadikan dalam buku terbaru saya.
Kekuarangan hari ini bukan halangan kejayaan esok.
Ya Allah, limpah rezekimu sememangnya di luar jangkaan hambanya.
Zamri Mohamad
http://www.zamrimohamad.com
Assalamualaikum semua,
Dan bagi mereka-mereka yang punya komputer riba atau komputer meja, tentunya lebih tercabar lagi untuk lebih berkarya.
Tahniah untuk novelis berkenaan dan untuk PTS juga. Kami akan menyusul kemudian, Insyaallah.
Wassalam
Pak Latip ke tu?

Setahu saya, Pak Latip yg novelnya paling byk menjaring perhatian PNM.
Tahniah PTS dan penulisnya!
Alhamdulilah, Syukur kepada Tuhan yang melimpahkan rahmatnya kepada penulis berkenaan.
Semoga rahmat Allah juga melimpah ruah kepada semua penulis PTS, Amin.
Tahniah !!
Ya Allah, limpahkan rezekimu (ilham menulis + royalti) yang seluas-luasnya kepada kami semua sebagai hambamu yang ikhlas menulis.
Syahrul
Persembahan Hebat dengan PowerPoint
Salam hormat kepada Sifu Puan Ainon dan sahabat semua.
Khabar baik begini elok juga dimaklumkan semoga dapat membakar semangat penulis-penulis PTS.
Doakan semoga penulis tersebut tidak lupa diri dan menyemarakkan lagi semangatnya terus berkarya untuk PTS
Assalamualaikum,
Semoga penulis berkenaan semakin bersemangat dan memberikan semangat pula kepada penulis-penulis lain yang sebumbung berjuang.
Tahniah! Saya gembira mendengar berita ini. Saya teringat sewaktu di UTM dahulu, ada artikel surat khabar tentang anak A Samad Said makan nasi berlaukkan garam di belakang pintu, dan beberapa hari selepas itu dibandingkan pula pendapatan AS Said dengan Siti Nurhaliza. Entah apa-apa surat kahabar sekarang. Seperti mahu semua orang berhenti menulis dan mula menyanyi pula.
Jadi bila penulis mendapat wang, saya turut gembira, walaupun saya tidak lagi menulis.
Masih mencari-cari penerbit yang sekepala, walaupun saya sedar di Malaysia mungkin tidak ada.
http://www.fablefox.com
Quote “seorang yang sangat sabar, tekun, sentiasa bersangka baik, dan sangat kooperatif kepada editor yang menguruskan karya-karya beliau.”
Sekurang-kurangnya saya telah melakukan bahagian saya untuk hal-hal ini….
At least I gave it a year and two completed novel. Things didn’t take off, it wasn’t my fault.
Sungguh terharu mendengar kisah ini.
Post a comment