Nusantara Sebagai Common-Market Buku Melayu
Dalam dunia pasaran antarabangsa seperti sekarang ini, seharusnya dalam minda para penerbit buku Melayu di Malaysia, jangan ada lagi konsep lapuk 'buku Malaysia' dan 'buku Indonesia'. Yang sepatutnya ada hanyalah 'buku Melayu'.
Dengan demikian, para penulis perlu menulis karya-karya yang dapat dipasarkan ke seluruh pelosok dunia Melayu.
Pasaran Malaysia adalah amat kecil, justeru penerbit Malaysia terpaksa membesarkan wilayah pasarannya ke Indonesia.
Jika buku-buku penulis Malaysia hanya dapat dijual di Malaysia, angka jualan buku-buku itu tidak dapat naik sehingga puluhan ribu, ataupun ratusan ribu. Akibatnya, pendapatan penulis Malaysia akan menjadi amat kecil berbanding dengan potensinya.
Bagi membolehkan karya pengarang Malaysia diekspot ke Indonesia, 2 ciri yang perlu ada pada buku itu:
(1) Tema dan kandungan buku itu dapat dipasarkan di Indonesia.
(2) Buku itu ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Pada masa ini perdagangan buku Malaysia-Indonesia adalah amat berat sebelah, yakni Malaysia banyak mengimpot buku-buku Indonesia berbanding sebaliknya. Ini bukan salah pihak Indonesia. Ini salah kita, disebabkan kita berfikiran kampungan dalam cara-cara kita menjalankan strategi bisnes kita.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment