Sunday, January 28, 2007

Ode buat Penyair KS Ilmar

Pawang Puisi berbaju hitam itu
keluar dari gua pertapaannya
menggalas berat ambung
sarat dengan kitab petua dan sihir-sihir
yang telah dihimpun
dan diasap bertahun lamanya.

Di perguruan kecil ini
semut-semut merah belum tumbuh bisa
mengutipi setiap patah kata jampi dan serapah
yang diucapkan Pawang Puisi
bagaikan mendapat geliga sakti.

@ Ainon Mohd.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Puisi
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ejaan Istilah Agama Previous entry: Pesan Penyair KS Ilmar kepada Peserta Bengkel Puisi Cinta Islami
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/28  at  04:17 AM

PENYAIR DARI GUNUNG

Engkaulah penyair dari gunung
yang turun ke lembah
padang hijau dan datar
engkau redah

Engkau pukulkan tongkat saktimu
ke batu bisu
lalu batu terbelah
dan menjadi tugu

Sekali engkau bersuara
langit kembali cerah
mendung berlalu
kicau burung kembali riang

Simpankan sahaja air matamu
si penyair dari gunung
usah engkau tumpahkan
di padang datar ini
kerana tangismu
menzahirkan banjir!

Pukulkan sahaja tongkatmu
ke batu itu
dan lontarkan suaramu
ke kaki alam.
——-

zalisa  on  01/28  at  04:03 PM

Terima kasih pawang
kerna sudi menjampi ilham
yang selama ini kutelan
namun tak tercerna di tulisan

Web Sutera  on  01/28  at  06:25 PM

Minta maaf Puan jika entri saya mencemar duli di sini, tiada terniat di hati. Jangan bimbang, saya tidak akan berpuisi lagi.

Puan Ainon Mohd.  on  01/28  at  09:39 PM

Sdr WEB,

Saya mati-matian sangka saudara seorang ustaz sewaktu membaca puisi2 saudara!

Saudara bukan hanya perlu belajar teknik menulis puisi yang indah, saudara juga perlu membaca banyak buku-buku Bahasa Melayu yang ditulis oleh penulis yang bagus-bagus.

Bahasa naratif saudara pun buruk sekali!

Saya suka sekali pada sikap saudara yang sangat terbuka, kalau orang lain, tentu dia sudah cabut dari kelas. Sebaliknya saudara tunggu kelas dsampai tamat, malah saudara ‘lawan’ cakap saya. Mujur tidak terkena tulah guru… kalau tidak pasti saudara dapat panau!

Web Sutera  on  01/28  at  09:49 PM

kih..kih..tidak mengapa Puan. Saya memang suka belajar sebenarnya. Saya tak kisah kena tegur. Bahasa buruk tidak mengapa, boleh diasah lagi supaya semakin tajam. Saya tidak akan mengalah.

Puan Ainon Mohd.  on  01/28  at  09:57 PM

Sdr WEB,

Saya rasa saudara ini pelajar saya yang ‘aneh’ sedikit. Saudara pun nampak sendiri bukan, yang lain-lain itu memang serius-serius belaka. Saya balik sambil drive sambil geleng-geleng kepala apabila terkenang karektor saudara yang menggelikan hati saya!

Puan Ainon Mohd.  on  01/29  at  06:30 AM

Assalamualaikum Puan,

Aku bertatih
mencari
setitis ilmu Tuhan
yang selaut itu

Aku merangkak
ke gunung ilmu
tercalar perit
lutut diheret
namun kugagahi jua…

Web Sutera

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: