Monday, February 23, 2009

Orang Datang Menemui SN Dato’ A Samad Said

Semasa di Johor Baru, saya sempat berbual-bual dan bersarapan dengan SN Dato' A Samad Said.

Beliau memberitahu, semenjak beliau secara terang-terangan maju ke hadapan menentang pelaksanaan dasar PPSMI, beliau telah dikunjungi oleh individu-individu yang tidak dikenalinya,  yang mahu tahu apa punca ataupun faktor-faktor yang mendorong beliau menentang PPSMI.

Sasterawan Negara itu mengaku bahawa selama ini beliau memang aktif menghadiri majlis-majlis bahasa, budaya dan sastera yang dianjurkan oleh UMNO, dan beliau sentiasa menerima layanan baik daripada kerajaan.

Namun, menurut sasterawan terkenal itu, dalam isu PPSMI, beliau menentangnya kerana ia bertentangan dengan perlembagaan dan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sisipan: Dua Standard Previous entry: Mengapa Meskipun Ekonomi Lembap namun PTS Terus Menerbitkan Banyak Judul Setiap Bulan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.