Orang Melayu Semakin Malas Membaca?
Dalam Berita Harian hari ini Syaiful Bahri Saidin mengatakan orang Melayu semakin malas membaca.
Berdasarkan statistik yang digunakan bagi menyokong pendapatnya yang khilaf itu, sebenarnya orang Melayu semakin malas membaca akhbar Melayu sahaja.
Data jualan buku-buku Melayu yang ada pada kita menunjukkan trend statistik pembacaan yang meningkat tahun demi tahun.
Nota kepada En. Syaiful:
Kalau orang Melayu makin tidak suka membaca akhbar, jangan kata orang Melayu malas membaca. Logik itu belum tentu betul. Lebih selamat apabila dikatakan bahawa sebenarnya akhbar-akhbar Melayu makin tidak disukai oleh orang Melayu!
.
.
Berdasarkan statistik yang digunakan bagi menyokong pendapatnya yang khilaf itu, sebenarnya orang Melayu semakin malas membaca akhbar Melayu sahaja.
Data jualan buku-buku Melayu yang ada pada kita menunjukkan trend statistik pembacaan yang meningkat tahun demi tahun.
Nota kepada En. Syaiful:
Kalau orang Melayu makin tidak suka membaca akhbar, jangan kata orang Melayu malas membaca. Logik itu belum tentu betul. Lebih selamat apabila dikatakan bahawa sebenarnya akhbar-akhbar Melayu makin tidak disukai oleh orang Melayu!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Sifu,
Jika semakin ramai orang Melayu malas membaca akhbar-akhbar Melayu, bukanlah mereka lebih suka membaca akhbar berbahasa Inggeris atau dijadikan hujjah orang-orang Melayu sokong perlaksanaan mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah di dalam BI…!!
Sesungguhnya sudah tentu ada sebab-sebab yang lebih khusus, mengapa orang-orang Melayu seperti seolah-olah ‘memboikot’ akhbar-akhbar ‘mainstream’ berbahasa Melayu…
(Bukankah dahulu ada disiarkan berita “beberapa individu” dari kalangan orang Melayu buat demo bakar akhbar ‘mainstream’..??)
——-
Saya setuju!
Di sana, berita terkini lagi sensasi mudah di terima hingga kadang kala menimbulkan benci dan tawa.
Orang Melayu sudah berdikit-dikit membuang akhbar Melayu yang selalu membawa berita yang meloyakan. Mereka yang celik IT beralih ke dunia siber - internet, blog dsb selain menghadiri majlis tidak rasmi oleh mereka yang tidak sealiran fikiran dengan media arus perdana - sama ada di warung kopi, cafe hotel dsb
Saya juga salah seorang dari mereka. Baca akhbar sekadar baca untuk bergerak dengan perkembangan terkini negara. Selain dari itu, jangan percaya sangat.
Bak kata atuk perempuan saya ‘dengar boleh, percaya jangan…’
Akbar Melayu kurang banyak benda. Pertama ia merendahkan (memperbodohkan pembaca). Kedua, jumlah halamannya kurang (kurang idea redaksi?) berbanding akhbar Cina yang tebal - ada juga untung bila dijual. Ketiga, harganya lebih mahal dari harga akhbar Cina. Yang keempat, faktor yang cukup parah - akhbar Melayu arus perdana mencerminkan mentaliti hamba politik. Ini bercanggah dengan naluri fitrah manusia yang bebas fikrahnya.
setuju benar saya! macam mana nak membaca akhbarnya kalau sekadar berita-berita popular untuk melariskan jualan! Kalau berita artis masuk muka hadapan sampai 4 hari berturut-turut, penat juga jadinya.
Saya sokong Tuan Rostam. Saya orang Melayu, tapi saya suka baca The Star. Tebal, berinformasi (penulisan, IT, sains dan macam2).
Sdr FOX,
Nama yang betul RASTOM bukan ROSTAM!
Mana jibunsyi sdr? (Ini yang Sifu stress nih!)
Orang Melayu sekarang banyak yang celik IT. Mereka lebih gemar membaca “akhbar” secara online.
Wartawan sendiri kala ini sering menggunakan internet sebagai bahan rujukan. Jadi, salahkan jika kita sebagai pembaca beralih dari ke dunia yang sama?
Sungguh tidak adil dilabelkan masyarakat kita semakin malas membaca hanya kerana jualan akhbar berkurangan!
kita perlukan anjakan paradigma dalam aliran media cetak. kita semakin kehadapan, masa hadapan adalah masa semua umat manusia berfikir pantas.
Hhahah semua akhbar sama sahajalah. The Star tebal dengan iklan. Akhbar Melayu penuh dengan ‘entah apa-apa’ macam melepaskan batuk di tangga. Tunggu hari Ahad sajalah baru ada penulisan kritis.
Tahu tak Puan, di tempat saya pelajar-pelajar Cina juga terlalu suka membaca novel Melayu. Sampai renyuk-renyuk novel-novel tu ...
Apa yang penting ialah bagaimana nak menggalakkan mereka membeli bahan bacaan. Kalau satu isi rumah membelanjakan RM30 ringgit setiap bulan untuk membeli buku ... mmmm dapat bayangkan betapa rancaknya industri perbukuan negara?
Sdr Mal,
Saya bersetuju dengan pandangan sdr bahawa kita perlu menggalakkan orang membeli bahan bacaan.
Setiap tahun PNM mengadakan kempen membaca. Itu bagus. Kita harap PNM juga membuat kempen kembar. Kempen Membaca & Kempen Menulis.
Orang sudah mahu membaca, tetapi bahan yang mereka mahu baca tidak cukup.
Surat Khabar Hari Ini Cerita Apa?
Surat khabar hari ini cerita apa?
Cerita politik; pemimpin kita baik semuanya
Surat khabar hari ini cerita apa?
Cerita pencuri licik; akhirnya tertangkap jua
Surat khabar hari ini cerita apa?
Cerita rasuah masih berleluasa
Surat khabar hari ini cerita apa?
Bencana alam berlaku di mana-mana
Surat khabar hari ini cerita apa?
Penyanyi yang itu bercinta, yang ini berpisah pula
Surat khabar hari ini cerita apa?
Ahli sukan Malaysia masih belum gah di mata dunia
Kalau begitu lebih baik tak payah baca
Baik ku layari Internet, lagi banyak yang menariknya
© Siti Hajar
saya sokong siti hajar
Post a comment