Orang Sabah Membaca Buku Apa
Di kompleks Centre Point Kota Kinabalu, ada sebuah kedai buku bernama EATON'S BOOK. Ia adalah outlet retail yang paling kuat di Sabah.
Dalam kompleks Centre Point itu juga ada oulet POPULAR. POPULAR juga mempunyai outlet di kompleks City Mall. MPH belum membuka outlet langsung di Sabah.
Kedai buku EATON'S BOOK itu adalah kedai yang paling banyak menjual buku-buku PTS di bandar Kota Kinabalu. Semua judul PTS ada dipamerkan dalam kedai itu.
Trend jualan buku di EATON'S BOOK menggambarkan trend semasa pembacaan dan pasaran buku di Sabah.
Permintaan bagi judul novel cinta adalah sangat tinggi di EATON'S BOOK. Kedai buku itu berani mempamerkan 500 unit bagi setiap judul novel cinta tulisan pengarang yang popular. Justeru jualan novel-novel ALAF21 amat kencang di kedai itu.
Walaupun trend jualan novel cinta di Semenanjung sudah menurun tetapi di Sabah novel cinta masih laku keras.
Bagi buku-buku PTS pula, trend jualan di EATON'S BOOK menunjukkan judul-judul motivasi dan novel remaja laku dengan baik.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

salam puan,
kedai buku di KK agak lewat menerima buku terbaru antara 3 ke 4 minggu dari tarikh pelancaran. Kawan kami kat senanjung dah abis baca sesuatu buku kami baru terima.
Post a comment