Saturday, August 11, 2007

Orang Sibuk Hendak Berpuasa, PTS Sibuk Suruh Orang Buat Bisnes

Tim PTS tidak habis-habis dengan idea-idea kreatifnya!

Lepas satu, satu lagi... dan satu lagi idea baru dikeluarkan.

Luar biasa. Tabik!... bak kata Sdr. jOnOs.

Ini dia satu lagi buku PTS yang khusus diterbitkan awal bagi menyambut musim puasa dan hari raya.

Semua anak-anak syarikat PTS berlumba-lumba menerbitkan judul-judul khusus buat bulan puasa, hari raya dan musim haji.

Maklumat yang ada pada kita menunjukkan sebulan sebelum tibanya bulan Ramadhan, dan sepanjang bulan mulia itu, jualan buku-buku agama sudah mula meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya.

Apabila masuk bulan puasa, jualan buku-buku resipi biskut dan kek pula meningkat dengan banyaknya. Justeru, jangan terbitkan buku resipi kuih-muih selepas hari raya.

Begitulah resam dunia penerbitan. Buku diterbitkan sesuai dengan kalendar aktiviti utama masyarakat.

Bak kata orang, sebelum tiba musim angin, layang-layang sudah siap....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mana Mercedes! Previous entry: Selepas "Laskar Pelangi" 3 Lagi Novel Andrea Hirata akan Terbit
jOnOs  on  08/11  at  05:30 PM

Ye..ye..

Sesuatu hasil yang baik, kreatif dan menarik harus kita..

Tabik!

Bak kata sebuah iklan di TV..“Tabik spriiiiiinngg..”

Aha ha.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  10:29 AM

Tahniah dan syabas kepada saudara Johar Seman, semoga terus menghasilkan karya yang kreatif dan berguna kepada orang ramai.

Saya teramat suka dengan buku yang membuka peluang bisnes kepada orang yang baru ingin memulakan perniagaan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: