Wednesday, May 24, 2006

O.T. Dussek

"Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu," kata O.T. Dussek kepada pelajar-pelajar MCKK.O.T Dussek adalah Pengetua Pertama Maktab Melayu Kuala Kangsar, dipetik dari buku 'Harun Aminurrashid', oleh Abdullah Hussain (DBP, 1982, ms 13). Klik Norziati

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sdr. jOnOs & Sdr. Aliff Previous entry: Surat Ahmadinejad
FEROZ  on  05/24  at  12:27 PM

Puan,

saya bukanlah seorang ustaz, saya bukanlah seorang ahli politik, saya bukanlah seorang pakar bahasa, tapi bila saya, mempertahankan bahasa saya - BAHASA MELAYU, dalam bidang apa sekalipun, saya dianggap membelakangi inspirasi nasional, dan dianggap penentang @ penderhaka, terus - terang, saya hadapi masalah untuk mengajar anak - anak saya dalam matematik & sains pada masa ini ....ohhh ...adakah ini satu lagi “DILEMA MELAYU” ?
——-

Puan Ainon Mohd.  on  05/24  at  02:32 PM

Barangkali saudara sudah perasan, di mana-mana negara, apabila mereka meminjam bahasa orang lain sebagai bahasa pengantar pendidikan, maka kejahilan dan kemiskinan merata di luar bandar, lalu mereka berhijrah ke bandar-bandar dan mencipta kemiskinan bandar.

Di benua Afrika, di benua Amerika Selatan, di benua India, di Asia, kita lihat kesan pembodohan y-bahasa pengantar asing, yakni bahasa Sepanyol, Portugis, Peranchis, German dan Inggeris.

Di utara Afrika pula, negara-negara Morocco, Algeria, Lybia, Sudan, Mesir, Ethyopia, mereka meminjam 2 bahasa orang lain, yakni mula-mula bahasa Arab dan kemudian bahasa Peranchis, kemiskinan merata di kalangan kaum-kaum penduduk asli negara-negara Afrika utara itu.

Di Malaysia, apabila sains dan metamatik diajarkan dalam bahasa Inggeris, kita sudah pun menyaksikan kesan pembodohan bahasa Inggeris ke atas pelajar-pelajar luar bandar kita.

Dasar menggunakan bahasa orang lain sebagai pengantar pendidikan adalah menentang Quran dan Sunnah. Hukumnya haram.

Dasar bahasa dalam Islam adalah menyampaikan ilmu dengan menggunakan bahasa ibunda si mad’u. (Surah Ibrahim, ayat 4: Surah Yusuf, ayat 3)

4 kitab suci Islam diturunkan menggunakan 4 bahasa ibunda keempat2 rasul itu. Quran disampaikan dalam bahasa Arab, sebab Nabi Muhmammad itu orang Arab.

Jibrail mengajar Nabi menggunakan bahasa Arab.

Nabi Muhammad, sebagai orang Arab, apabila beliau mengajar sahabat2nya yang juga orang Arab, beliau menggunakan bahasa Arab, bukan meminjam bahasa Latin, bahasa bangsa Rom, yang menjadi bahasa dunia waktu itu. (Besarnya kuasa Rom waktu itu sehingga dalam Quran ada surah “Ar-Ruum”)

Jadi orang Melayu, apabila mengajar murid2 Melayu, wajib menggunakan bahasa Melayu.

Memerangi pemikiran mereka yang mencipta dan melaksanakan dasar bahasa yang menentang Quran dan Sunnah adalah jihad!

Allah Maha Besar!

Anonymous  on  05/25  at  03:23 PM

“Mata-mata pelajaran teknikal akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya.” Demikianlah berita baru-baru ini. Biarpun ada suara-suara penentangan, dasar penjajahan bahasa ini masih diteruskan juga.
Sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan untuk negara merdeka Malaysia ini, peranan bahasa Melayu kini diletakkan hanya sebagai bahasa basahan (@bahasa pasar)“untuk menjual belacan di tepi jalan!” (meminjam kata-kata arwah Pak Asraf). Usaha murni puluhan tahun untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dinyahkan begitu saja.
Alahai pemimpin negara (Melayu dan bukan Melayu), kalau tidak benar-benar memartabatkan kedudukan bahasa Melayu, usahlah bercakap tentang gagasan membina negara bangsa. Tampak sangat mereka yang memperkatakan pembinaan negara bangsa cukup jahil tentang perlunya salah satu unsur penting pengisiannya, iaitu bahasa Melayu, sesuai dengan kedudukannya dalam Perlembagaan sebagai bahasa rasmi Malaysia. Minda dan jiwa mereka ini sebenarnya belum benar-benar merdeka. Mereka ini spesies hamba hina-dina yang keliru akan makna merdeka.

Anonymous  on  06/21  at  04:40 PM

Harap buat pembeulan:
OT Dussek bukan pengetua pertama MCKK. Die ialah pengetua pertama SITC.

—ishak-

Anonymous  on  06/21  at  06:32 PM

Senarai nama pengetua MCKK 1905 hingga sekarang.

1905—1918: William Hargreaves
1918—1919: J.O. May
1919—1923: L.A.S. Jermyn
1923—1938: C. Bazell
1938—1949: H.R. Carey
1949—1953: K.D. Luke
1953—1958: J.D.R. Howell
1958—1959: P.G. Haig
1959—1965: N.J. Ryan
1965—1969: Abdul Aziz Ismail
1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah
1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah
1973—1975: Nordin Nasir
1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali
1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah
1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid
1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad
1988—1992: Rashdi Ramlan
1992—1995: Hj. Hassan Hashim
1995—1999: Hj. Baharom Kamari
1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom
2004—present: Mohd. Rauhi Mohd. Isa

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: