Sunday, December 14, 2008

Helah Kerajaan BN Mahu Menangguhkan Keputusan PPSMI Sehingga 2010

Cikgu Bad menulis di sini:

Kita tidak terlalu naif untuk memahami kenyataan Hishamudin dalam isu ini. Beliau adalah ahli politik. Maka segala pertimbangannya berkisar kepada kepentingan politik partinya kalaupun tidak kepentingan peribadinya. Dan tidak mustahil - untuk kesekian kalinya - Hishamudin akan membelakangi fakta apatah lagi nasihat, pandangan dan teguran ahli ilmu, budayawan, NGO bahkan rakyat keseluruhannya.

Terlalu mudah untuk berselindung di sebalik alasan ‘kita akan buat kajian teliti’,  ‘...pandangan semua pihak telah diambil kira’ dan sebagainya. Sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Di hati Hishamudin dan juak-juaknya miskin budi, miskin kasih kepada akar budaya bangsa, miskin rohani - inilah perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu makin jauh dan tidak sensitif tentang faktor-faktor yang merosakkan keperibadian bangsa.

Dalam tempoh ini sementara menunggu tahun depan, pendapat umum akan diolah untuk mempercayai bahawa dasar PPSMI adalah dasar progresif, tiada cacat celanya dan ini adalah penyelesaian pragmatik kepada masalah kelemahan pemikiran Matematik dan Sains di kalangan pelajar sekolah khasnya pelajar Melayu. Pada masa sama segala fakta yang berasaskan kajian, pesan dan nasihat yang ikhlas, jujur dan telus akan ditepis begitu sahaja - secara diplomatik tentunya - dan tidak lagi lagi mampu menginsafkan mereka.

Saya pesimistik dengan Hishamudin kerana selagi dia meletakkan percaturan politik sebagai asas pertimbangan untuk membuat keputusan samada dasar ini diteruskan atau tidak pada tahun depan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Maklumat Terkini: Melayu, Cina, India dan Orang Asli Bergabung dalam Perarakan Hapuskan PPSMI Previous entry: Apa Helah Maka Dia Berjanji Mahu Tunggu Sehingga Tahun 2010?
Rosli  on  01/12  at  02:59 AM

Saya juga tidak setuju dengan PPSMI. Tetapi memandangkan negara masih miskin di dalam penggunaan istilah atau perkataan, maka adalah wajar PPSMI diteruskan.

Malah subjek lain seperti Pendidikan Seni, Agama dan lain-lain juga patut diajar di dalam bahasa Inggeris. Kecuali subjek Bahasa Melayu sendiri yang perlu dikekalkan.

Mungkin ramai yang tidak setuju dengan pandangan saya. Tetapi itulah hakikatnya. Kita sebenarnya tiada jati diri. Tak ada benda yang boleh kita banggakan dengan bahasa dan budaya kita. Lihat saja istilah bahasa melayu. Terlalu banyak perkataan Inggeris kita Melayukan. Adakah sesuai jika dikatakan bahawa bahasa Melayu sekarang adalah bahasa Melayu Kacukan antara Inggeris dan bahasa Pasai.

Contohnya situasi, paradigma, komunikasi, diskusi, dan banyaaaaaaaaak lagi. Adakah masa 51 tahun belum cukup untuk kita mengkayakan bahasa kita sendiri? Atau sememangnya pakar bahasa kita tidak berdaya mencipta perkataan baru atau tak gheti nak buat kerja?

Bagaimana kita nak memperjuangkan bahasa kacukan yang tiada hala-tuju.

Sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan pakar bahasa sedia ada yang terbukti gagal memartabatkan bahasa Melayu.

Saya cadangkan agar pihak UNIKA PTS dapat mengusahakan ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Jangan harapkan orang politik. Mereka hanya mahu dan mampu mencari kepentingan atas dasar politik semata. Inilah bahananya politik sempit yang akan menghancurkan ketamadunan bangsa kita.

Panggil pakar bahasa atau ngo yang boleh membantu. Duduk semeja dan cari istilah atau perkataan baru yang ringkas dan padat. Perkataan yang telah ada dan kurang sesuai, contohnya anjakan paradagma yang memerlukan 7 sukukata perlu ditukar kepada fikrah. Manakala perkataan baru boleh diambil dari loghat daerah seperti Kelantan, Kedah, Nagori dan lain2.

Lepas tuh guna perkataan yang telah direka di dalam sistem pembelajaran di UNIKA PTS. Kemudian buat kamus untuk digunakan khusus untuk pelajar. Kemudian barulah ianya akan diguna pakai oleh rakyat keseluruhannya.

Terima kasih

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/13  at  12:10 AM

Tuan Rosli,

Saya tidak pasti sama ada tuan sendiri pernah belajar subjek sains/matematik di peringkat tinggi ataupun tidak.

Masalah istilah adalah masalah nombor lapan belas. Sains/matematik memerlukan pemahaman konsep bukan setakat istilah semata-mata. Perkataan “integral” di dalam BI tidak semestinya tuan tahu menyelesaikan masalah kamiran di dalam Matematik Tambahan.

Adakah PPSMI memudahkan anak-anak kita memahami konsep Maths/Sains? Itu yang tuan perlu fikir.

Menuduh BM miskin di dalam penggunaan istilah atau perkataan adalah disebabkan ketidakpedulian dan kedunguan di pihak tuan.

Bahasa maju bersifat dinamik dan akan terus menyerap perkataan baru. Apa masalah perkataan tersebut kerana telah diterima sebagai perkataan Melayu? Saya cadangkan tuan bercakap Jawa sahaja kerana bahasa tersebut tidak menyerap perkataan baru kerana tidak lagi menjadi bahasa ilmu.

Cukup tragis apabila seorang yang dilahirkan Melayu, berbahasa Melayu, duduk di Tanah Melayu mahukan subjek lain seperti Pendidikan Seni, Agama dan lain-lain juga patut diajar di dalam bahasa Inggeri kecuali subjek Bahasa Melayu sendiri yang perlu dikekalkan.

Model mana yang tuan gunakan, model Zimbabwe? Cuba beri contoh negara mana yang buat? Kebanyakan penyokong PPSMI macam tuan selalunya memberi pandangan tanpa fakta untuk menyokong hujah-hujah yang tuan berikan.

Ayat pertama dan kedua pun telah menunjukkan kecelaruan pemikiran di pihak tuan!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.